Pandangan atas sebahagian penyokong Mursi di Fayyoum, Mesir. Kini himpunan menyokong Morsi berlaku di seluruh Mesir
MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan
'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar
membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir. Sumber dalaman
tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara
ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus
bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan
diplomatik.
Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga
rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku
perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera. Menurutnya,
barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan
tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari
pemerintahan presiden Muhammad Morsi.
Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi. Maklumat
ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika
berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan
Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan.
Beliau berkata, Al-Jauhari turut meminta kepada para penyokong Morsi untuk bertahan sekurang-kurangnya 48 jam lagi.
"Insya
Allah, Presiden Morsi akan dibebaskan dan akan kembali memimpin negara
karena saat ini tekanan politik luar negeri semakin kuat ditambah lagi
dengan kekuatan penyokong Morsi yang keluar berhimpun di seluruh Mesir,"
kata Majdi.
Beliau juga berkeyakinan bahawa Ai-Sisi kini tidak
senang duduk dan selepas ini pasti jeneral tentera itu akan memenuhi
tuntutan rakyat agar Morsi dikembalikan sebagai presiden. Dalam
kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal
Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai
tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.
Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera. Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut. Antara
tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk
Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun.
Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir. Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah. Sebelum
ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya
sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden
Mesir yang dipilih oleh rakyat.
Dalam perkembangan sama, Al-Sisi
juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik
diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik
pihaknya. Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam. Parti
Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai
Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti
diumumkan Presiden sementara Adli Mansour. (Hrkh)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment