BEBERAPA sumber Lebanon
mendedahkan, Tentara Lebanon menangkap isteri Syaikh Ahmad Al-Asir, Imam
Masjid Bilal bin Rabah di Shaida, selepas program wawancara melalui
telefon oleh Channel TV Shafa.
Menurut akhbar Zaman Al
Wasl, para aktivis yakin adanya perlibatan Syiah Hizbullah untuk
mengesan isteri Al-Asir berada melalui teknologi melebihi kemudahan yang
dimiliki oleh Tentera Lebanon.
Para aktivis
menganggarkan bahawa langkah yang diambil oleh Tentera Lebanon ini
adalah untuk menekan Syaikh Al-Asir supaya menyerahkan diri kepada
tentera Syiah Hizbullah.
Hal yang sama juga
berlaku, setelah dua orang menghubungi bekas artis terkenal Lebanon,
Fadel Shaker, dan Syaikh Amjad Al-Asir (saudara Syaikh Ahmad Al-Asir)
melalui telefon, kedua orang tersebut ditangkap.
Sumber-sumber dari pihak
Sunni menyebut, Syaikh Ahmad Al-Asir, Fadel Shaker dan para pendukung
Al-Asir berada di suatu tempat yang aman dan bukan berada di tempat FSA.
Diterjemahkan oleh Detik
Islam dari sumber voa-islam.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ
بالـصـواب. Semoga Allah melindungi mu dari kekejaman syiah di akhir
zaman ini. Amin
No comments:
Post a Comment