Tuesday, July 02, 2013

Isteri Imam Masjid Bilal bin Rabah Ditangkap Syiah Hizbullah

BEBERAPA sumber Lebanon mendedahkan, Tentara Lebanon menangkap isteri Syaikh Ahmad Al-Asir, Imam Masjid Bilal bin Rabah di Shaida, selepas program wawancara melalui telefon oleh Channel TV Shafa.

Menurut akhbar Zaman Al Wasl, para aktivis yakin adanya perlibatan Syiah Hizbullah untuk mengesan isteri Al-Asir berada melalui teknologi melebihi kemudahan yang dimiliki oleh Tentera Lebanon.

Para aktivis menganggarkan bahawa langkah yang diambil oleh Tentera Lebanon ini adalah untuk menekan Syaikh Al-Asir supaya menyerahkan diri kepada tentera Syiah Hizbullah.
Hal yang sama juga berlaku, setelah dua orang menghubungi bekas artis terkenal Lebanon, Fadel Shaker, dan Syaikh Amjad Al-Asir (saudara Syaikh Ahmad Al-Asir) melalui telefon, kedua orang tersebut ditangkap.

Sumber-sumber dari pihak Sunni menyebut, Syaikh Ahmad Al-Asir, Fadel Shaker dan para pendukung Al-Asir berada di suatu tempat yang aman dan bukan berada di tempat FSA.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber voa-islam.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب. Semoga Allah melindungi mu dari kekejaman syiah di akhir zaman ini. Amin

No comments:

Post a Comment