Betapa besarnya ujian seorang wartawan British yang masuk Islam. Keislamannya bukan hanya ditentang oleh keluarga juga sukar untuknya mencari wang untuk sara hidup.
Namanya John Ridley. Da
dilahirkan dalam sebuah keluarga Nasrani. Dia rajin ke gereja setiap
minggu bersama orang tua dan saudara perempuannya. Namun, semakin
bertambah usianya pemikiran John pun semakin kritikal. Banyak soalan
dari hatinya mengenai Tuhan dan kebenaran agama yang tidak menemui
jawapan tersebut di gereja.
Hingga tibalah saat itu,
ketika John mendapatkan kesempatan untuk mengenali Islam. John diterima
di BBC Worldwide sebagai wartawan untuk dihantar ke Timur Tengah.
Sebelum berangkat ke Timur Tengah, John berkenalan dengan seorang Muslim
ketika sedang menjalani latihan broadcasting dan jurnalistik BBC. Dia
juga mempelajari Islam sebelum berangkat ke Timur Tengah dan
berinteraksi dengan umat Islam di sana.
John ditugaskan di Oman.
Di sana dia bebas bercakap dengan umat Islam, membolehkanya dia berbual
tentang Islam selain aktif membaca sastera Islam. Hidup John mula
berubah, dia sudah menemui jawapan yang dicari selama ini.
"Aku berpelung bertugas
di Timur Tengah selama enam bulan. Itu adalah pengembaraan pertama yang
menakjubkan yang pernah ada dalam hidupku," kata John Ridley,
menceritakan kisahnya menemui hidayah.
Di Timur Tengah itulah,
setelah menyedari kebenaran Islam dan menyaksikan secara langsung
kehidupan muslim di sana, John mengucap dua kalimah syahadah.
Perjuangan Mempertahankan Islam
Masuk Islam bukanlah
perjalanan mudah bagi John Ridley. Ketika pulang semua ke Britain, John
mendapati keluarganya menentangnya. John terus mendekati keluarganya,
tetapi mereka tetap berkeras. Di negeranya sendiri, John juga mula sukar
untuk mendapatkan pendapatan.
Ketika itu barangkali
adalah saat-saat yang paling sukar dalam hidup John. Tetapi, Allah tidak
membiarkannya sendirian. Allah membukakan jalan kepada John. Sebuah
stesen radio Arab Saudi memintanya menjadi seorang wartawan selama
pencerobohan AS ke Iraq pada 2003. John menerima tawaran itu. Dia
terbang semula ke Timur Tengah.
Mula bertugas di Saudi
selepas itu John berpindah ke Malaysia iaitu di KL. Makin bertambahlah
pegetahuannya tentang Islam. Lapan bulan kemudian, dia kembali semula ke
Timur Tengah. Negara yang telah dia kunjungi dalam 30 tahun terakhir
ini iaitu Lebanon, Oman, Yaman, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi,
Bahrain, Iran dan Jordan.
Pengalaman John hidup
puluhan tahun di Timur Tengah menjadi kekuatan tersendiri bagi
profesionnya sebagai wartawan, penyiar dan penulis. Pengetahuan dan
pemahamannya tentang dunia Islam dinilai luar biasa.
Membela Palestin
Menulis menjadi senjata John untuk membela Palestin. Dalam pelbagai tulisannya, John menyeru hak warga Palestin.
"Kemanusiaan,
perdamaian, perlindungan anak, diajarkan dalam Islam. Bagaimana saling
mengerti antara manusia dan hidup berdampingan. Saya benar-benar
beruntung menemukan Islam," ujar John bersyukur.
Namun demikian,
pembelaan John untuk Palestin tidak hanya diwujudkan melalui tulisan.
Dia juga turun padang menyampaikan pidato di kem-kem pelarian Palestin.
Menulis, bagi John,
bukanlah masalah menghasilkan wang. Apalagi menulis untuk membela
hak-hak kemanusiaan di Palestin dan dunia Islam. "Kita memang memerlukan
wang. Tapi, ada hal yang lebih penting yakni manusia dan kemanusiaan.
Saya tidak mau hanya diam, sementara orang-orang di luar sana telantar
dan kesusahan. Saya sangat mahu menjadi sebahagian untuk membela
mereka," kata John menegaskan misinya .
No comments:
Post a Comment