Wednesday, July 10, 2013

Jutaan Penyokong Morsi S/Terawih, Kemenangan Hampir!

gambar Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah
 gambar Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah
Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah | Ramadhan Di Mesir [Menggerunkan Sekularisme]
Di saat kita bergembira menyambut Ramadhan Al-Mubarak, saudara Islam kita di Mesir terus ditindas oleh Tentera negara mereka sendiri yang gilakan kuasa dan mengikut telunjuk Yahudi Zionist Laknatullah. Mereka kebanyakan pengikut Ikhwan Muslimin terus bersolidariti di seluruh Mesir sehinggalah Dr Morsi dibebaskan dan diangkat kembali sebagai presiden. Kita sebagai Saudara seagama berbanyakkan berdoa untuk saudara kita  di sana, semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada Ikhwan dan seluruh Mujahidin seluruh dunia.

Jutaan penyokong Mursi yang tidak berganjak dari Dataran Rabiatul Adawiyah melaksanakan solat terawih dan qiamulail di sana. Mereka cekal mempertahankan hak mereka menuntut pembebasan Dr Mursi dan mengembalikan kuasa presiden kepada beliau walaupun peristiwa berdarah yang meragut nyawa puluhan penyokong Mursi yang sedang melaksanakan solat subuh masih menghantui fikiran semua penyokong Mursi di seluruh dunia.

Terbaru.... Kesatuan Doktor Perubatan Mesir melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah "Solat Subuh" pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan. Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan)

Berikut adalah gambaran suasana sejam yang lalu (sebelum subuh). Para penyokong Dr Mursi qiamullail secara berjemaah di Medan Rabiatul Adawiyah.
3 Situasi yang menggeunkan askar di Raba'ah malam ini.

Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja, Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

gambar Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah.. 
  • Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), 
  • Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), 
  • Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), 
  • Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), 
  • Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) 
  • Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). 
Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

gambar Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah
Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah..
http://www.wasukalu.com, Akhukum Abdul Malik

Lagi tidak berganjak.. 
Berikut antara pemandangan terwaih di Dataran Raba'ah malam tadi.



 
Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman
.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
 

2 comments:

Herdiansyah said...

Menurut Foreign Policy, efek awal kepresidenan Morsi kebijakan domestik kabur, karena birokrasi Mesir tetap penuh dengan pendukung Mubarak dan bisa memblokir setiap perubahan yang Morsi mungkin mencoba untuk mendorong melalui. Dalam sebuah wawancara televisi dengan Yosri Fouda, ia menyatakan bahwa pilihannya periode interim dengan sistem presidensial-parlementer campuran, yang akan membuka jalan bagi sebuah sistem di mana legislatif memegang kekuasaan lengkap. Morsi berkumpul kembali di Parlemen aslinya bentuk pada tanggal 10 Juli 2012; ini diperkirakan akan menyebabkan gesekan antara dirinya dan pejabat militer yang terlarut legislatif

Untuk melihat siaran berita politik di pc bisa menggunakan aplikasi streaming tv

blogger keren said...

terima kasih... infonya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails