Monday, July 15, 2013

Kehidupan Baru Najwa.. Setelah Berkahwin?

Foto




CATATAN SANTAI IBNU HASYIM  

LEPAS baca Quran sempena Ramadhan sebentar tadi, ku lihat tajuk berita utama myMetro, bertajuk 'Hidup Baru Najwa'.

Hatiku terdetik, "Ai, ini berita panas, gadis Najwa artis terkenal idola anak muda, sudah kahwin ke?"

Rupanya, begini beritanya...

[Transisi kehidupan baru dialami penyanyi popular bernama Imratul Najwa Abdul Latif ini ternyata meninggalkan impak besar dalam dirinya. 

Lebih setengah tahun meninggalkan alam persekolahan, bintang sensasi YouTube ini menganggap atmosfera universiti yang dijalani sekarang lebih berwarna-warni.

Ujar gadis berusia 18 tahun ini, kehidupan sebagai pelajar jurusan Asasi Pengurusan di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sejak bulan lalu mengajarnya banyak perkara baru.

“Sejak mendaftarkan diri di universiti, kehidupan saya banyak berubah berbanding zaman persekolahan. Antara perubahan yang saya alami adalah tidak perlu lagi berpakaian seragam hadir ke kelas berbanding di sekolah dulu.


“Pada awalnya, saya kekok juga tapi lama-kelamaan saya mula menyesuaikan diri dengan pengalaman baru ini. Ia sangat menyeronokkan,” katanya ketika memenuhi sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini.]

Al-hamdulillah. Ini suatu perkembangan yang baik, boleh jadi idola kepada anak remaja  yang malas-malas belajar, supaya belajar mengejar profesyen masinf-masing..

"Bagaimana kalau Najwa sudah berkahwin?" Kalau ada yang bertanya begitu.

Itu lagi baik. Itulah peribadi idola sebenar untuk remaja. Berkahwin adalah tempat rihat, setelah letih melalui cabaran dan liku-liku dalam perjalanan yang jauh. Semua boleh, melalui lunas-lunas agama yang sah. Berprofesyan boleh, belajar boleh, selesa dan bersedap-sedapan yang halal lagi sah, pun boleh. Apa nak lagi, di situlah kebahgiaan, dari dunia hingga ke akhirat.

"Bagaimana kalau sudah kahwin, lagunya sudah tidak popular lagi?"

Di situlah peminat akan teruji, samada meminati karyanya atau orangnya. Kalau meminati orangnya, Najwa hanya satu, yang tak dapat boleh berkhayal atau memiliki Najwa tiruan!


Sekian, wallahul'aklam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
15Julai 2013. KL

Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

1 comment:

  1. najwa cantik pakai tudung kan bagus artis lain contohi najwa

    ReplyDelete