IMEJ menunjukkan dua buah kereta Fiat 500 sedang meluncur laju di permukaan laut perairan Miami kelmarin.- Agensi
JOM KREATIF
MIAMI - Beberapa buah kereta kompak jenama Fiat 500 dilihat memecut
laju di perairan Pantai Selatan Miami di sini kelmarin, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Kereta tersebut diubah suai untuk belayar dalam air selain bergerak di jalan raya. Malah, sebuah kereta kompak itu didapati cuba berlumba dengan sebuah bot di sini. Kereta-kereta tersebut dipandu oleh beberapa orang model mengelilingi pulau-pulau di sini.
Pemanduan unik itu didapati merupakan sebahagian daripada kempen promosi kereta Fiat 500 di Amerika Syarikat (AS). - Agensi
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
No comments:
Post a Comment