Sunday, July 07, 2013

Kisah Gigit Zakar Jiran, Mengapa?




London: Mahkamah semalam diberitahu, seorang lelaki menggigit zakar jirannya sehingga berdarah selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada gangguan bunyi. 

Jason Martin, 41, dituduh membongkok dan menggigit Richard Henderson, 39, melalui pijama mangsa seelaps menerima mesej teks meminta dia memperlahankan muzik dipasangnya.

Menurut Henderson, Martin menggigit kemaluannya “seperti satu set sandwic” dan menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau. Diminta menggambarkan serangan itu, Henderson memberitahu juri, kemaluannya “tidak lagi bersambung dengan seluruh anggota badannya.”

“Saya tak pernah mengalami kesakitan sebegitu dan tidak mahu mengalaminya sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, polis yang dipanggil ke tempat kejadian mengakui melihat mulut Martin dipenuhi darah. Bagaimanapun, tertuduh menafikan dia menggigit Henderson.

“Bagaimana saya boleh menggigit dia ketika saya tak ada gigi?” katanya.

Sejumlah gambar turut ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Canterbury selepas mereka diberi amaran oleh pendakwa bahawa imej itu “tidak menyenangkan” untuk dilihat. Martin menafikan dia berniat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada Henderson dalam kejadian Jun tahun lalu itu. Pendakwa, Mary Jacobson berkata, pergaduhan berlaku apabila Henderson dan pasangannya, Michelle Hilton berasa terganggu kerana muzik dimainkan dari rumah Martin pada lewat malam itu.

Sebaik keluar dari rumah masing-masing, kata Mary, Martin dan Henderson bergelut.

“Defendan menolak Henderson ke dinding, membongkok dan menggigit zakar mangsa.
“Henderson meraung kesakitan dan Michelle pula mula menjerit meminta tolong,” katanya. Martin berjaya dipisahkan daripada Henderson apabila jiran mula keluar dan cuba meleraikan pergaduhan berkenaan. Perbicaraan bersambung hari ini. - Agensi 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sebagai suatu penyelesaian sebelum terjadi, Islam telah menggariskn peraturan sosio masyarakan atau adap-adap berjiran. 

Adab-Adab Berjiran 

Sedikit tambahan dalam hal ini, adalah kerana pentingnya hidup bermasyarakat. Islam mementingkan kesejahteraan, keamanan atau secara umumnya berbaik-baik sesama manusia dan sesama Islam.

Allah yang Maha Agung berfirman: 
  • Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. Surah An-Nisaa' [4] : 36
Juga dari hadis-hadis dinukil dari; Adab-Adab Berjiran, tulisan Syeikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid.
1. Haram Menyakiti Jiran
  • Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa aman dari kejahatannya.” [Bukhari dan Muslim dan lain-lain]
2. Berbuat Baik Kepada Jiran
  • Dari ‘Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jibril terus menerus berwasiat kepada ku untuk berbuat baik terhadap jiran, sampai-sampai (sehingga) aku mengira dia akan menjadikannya sebagai ahli waris.” [Bukhari dan Muslim]
3. Memberi Perhatian Terhadap Jiran
  • Dari Abu Dzar r.a katanya : Kekasih ku (Rasulullah saw) berwasiat kepada ku : “Jika kamu memasak sayur, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah jiran mu.” [Muslim dan lain-lain]
4. Toleransi Terhadap Jiran
  • Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah sekali-kali salah seorang dari kalian melarang jirannya untuk menancapkan kayu di temboknya.” [Bukhari dan Muslim dan lain-lain]
5. Cabang Dari Iman
  • Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah menyakiti jirannya.” [Bukhari dan Muslim]
6. Sebaik-baik Jiran
  • Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]
7. Jiran yang Baik Termasuk Dalam Kebahagiaan
  • Dari Sa’d bin Abi Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada empat perkara yang termasuk (dalam) kebahagiaan :
(a). Isteri yang solehah,
(b). Tempat tinggal yang luas,
(c). Jiran yang baik; dan
(d). Kenderaan yang nyaman.

Dan empat perkara yang termasuk kesengsaraan :
(a). Jiran yang buruk,
(b). Isteri yang buruk (agama dan akhlaknya),
(c). Tempat tinggal yang sempit; dan
(d). Kenderaan yang buruk.” [Sahih, Ibnu Hibban dan Al-Khatib]

8. Tidak Diperbolehkan Kenyang dan Membiarkan Jirannya Lapar
  • Dari Abdullah bin Musawir, katanya : Aku mendengar Ibnu ‘Abbas r.a menyebutkan Ibnu Zubair, lalu menuduhnya bakhil. Kemudian berkata: ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah disebut mukmin orang yang kenyang sedangkan jiran di sampingnya kelaparan.” [Hadis Hasan. Riwayat Bukhari, Hakim dan Al-Khatib]
9. Hilangnya Iman
  • Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Demi Dzat yang jiwa ku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu beriman, sehingga dia mencintai jirannya – atau berkata : saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya.” [Bukhari]
10. Wasiat Kepada Wanita
  • Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Wahai para wanita Islam, janganlah sekali-kali seorang jiran perempuan meremehkan hadiah yang diberikan kepada jirannya walaupun hanya kuku kambing.” [Bukhari]
11. Mendahulukan Hak Jiran yang Paling Dekat
  • Dari ‘Aisyah r.a, katanya: ‘Wahai Rasulullah, aku mempunyai dua jiran, lalu kepada siapakah aku memberikan hadiah? Baginda menjawab, “Kepada yang paling dekat pintunya dari mu.” [Bukhari]

12. Kesaksian Jiran
  • Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya: Seseorang bertanya kepada Nabi (saw) : Bagaimana saya boleh tahu bahawa saya telah berbuat baik dan berbuat buruk? Baginda (saw) menjawab, “Jika kamu mendengar tetangga mu berkata, ‘Engkau telah berbuat baik’, maka bererti kamu telah berbuat baik. Dan jika kamu mendengar mereka berkata, ‘Engkau telah berbuat buruk’, maka bererti engkau telah berbuat buruk.” [Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Baghawi]
13. Perdebatan Antara Jiran
  • Dari ‘Uqbah bin Amir r.a : Nabi saw bersabda, “Dua orang yang berdebat pertama kali pada hari kiamat adalah dua orang jiran.” [Sahih, Riwayat Thabrani, Ahmad dan lain-lain]
14. Menyakiti Jiran Penyebab ke Neraka
  • Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seseorang berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Fulanah banyak melakukan solat, sedekah dan puasa (ibadat). Hanya saja dia menyakiti jiran dengan lisannya.’
  • Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Fulanah diceritakan sedikit melakukan puasa dan solat. Tetapi dia bersedekah dengan beberapa potong keju dan tidak menyakiti jirannya.” (Kemudian) Rasulullah saw bersabda, “Dia di dalam syurga.” [Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim]
Islam bukan hanya menitikberatkan pelaksanaan ibadah fizikal semata-mata. Ia perlu seiring, iaitu pelaksanaan fizikal dan kerohanian (akhlak yang baik). Sesuai dalam firman Allah yang Maha Agung; 
  • Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (Surah An-Nahl [16] : 90)

15. Fitnah (Godaan) Jiran
  • Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Fitnah (godaan) seseorang itu terletak pada keluarga, harta, anak dan jirannya. Boleh dihapus (godaan itu) oleh solat, puasa, sedekah, amar (ma’ruf) dan nahi (mungkar)...” [Bukhari dan Muslim]
16. Bersedekah Kepada Jiran
  • Dari Abu Said Al-Khudri r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak halal sedekah diberikan kepada orang kaya, kecuali fisabilillah, orang yang dalam perjalanan atau jiran fakir yang diberi sedekah kemudian memberikan hadiah kepada mu atau mengundang mu.” [Sahih Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain] 
Wallhu 'aklam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails