JOHOR BAHRU - Sekumpulan wanita yang dipercayai menawarkan perkhidmatan dalam talian ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri menerusi serbuan di sebuah hotel, di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, sembilan wanita warga Thailand yang ditahan turut didapati mengambil dadah.
Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen, Khairulanuar Abu Bakar berkata, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 31 tahun dan didapati mula tinggal di hotel berkenaan sejak seminggu lalu, bagi menjalankan kegiatan pelacuran mereka.
“Hasil siasatan mendapati, wanita terbabit dilanggan melalui laman web yang disediakan sindiket sebelum pelanggan dibenarkan memilih gadis yang mereka ingini dan berhubung melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Pelanggan juga didapati membayar sebanyak RM168 bagi setiap sesi dan ada yang turut menempah dua pelacur dalam satu masa dengan bayaran dua kali ganda,” katanya.
Menurutnya, penemuan sejumlah kondom yang masih belum digunakan di lokasi serbuan mengukuhkan bukti kewujudan kegiatan sindiket pelacuran di situ.
Dalam pada itu katanya, hasil serbuan berkenaan pihaknya turut menemui dadah dipercayai jenis syabu yang disimpan di dalam bekas gula-gula milik salah seorang pelacur yang ditahan dalam keadaan separuh sedar.
“Wanita yang ditahan didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut,” katanya.
Khairul Anuar berkata, semua yang ditahan disiasat mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selagi bisnes ini masih perlu pelanggan , masih bisa dikesan. Teruskan penangkapan.
Tiada kena mengena, gambar siapa ni??
Ada kaitan..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
No comments:
Post a Comment