SIBU – Seorang pendatang Indonesia yang menang dalam permainan judi jenis holo yang begitu digemari rakyat Indonesia ditemui mati dibelasah di Jalan Awang Ramli di sini malam kelmarin.
Mayat Hares Ismail, 61, yang sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Sabah, ditemui terperosok di dalam longkang berhampiran tapak pembinaan Pusat Islam Sibu pada kira-kira pukul 9 pagi, dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala dan lehernya.
Rakan senegara mangsa yang dipercayai kalah teruk kepada mangsa disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu. Suspek berkenaan didakwa dilihat menyerang Hares dengan sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan kekalahannya.
Berikutan itu, polis mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman tiga pekerja tempatan selama seminggu bagi membantu siasatan kes bunuh itu. Bagaimanapun, pekerja Indonesia yang menyerang mangsa masih bebas.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam sudah lama mengharamkan judi untuk keselamatan unatnya, cuma kerajaan Malaysia yang masih tidak mahu mengharamkannya.
1 comment:
Bukan saja tak mengharamkan mahal cuba nak menghalalkan. oh Malaysia tanahairku!
Post a Comment