Oleh Faiq Khalifa
Sungguh terkilan melihat orang yang mewajarkan penggulingan Presiden Dr Mohamed Morsi melalui kudeta tentera.
Ada yang malah bergelar "bapak ustadz", namun telahannya berkenaan peristiwa yang berlaku di Mesir kini tidak mencerminkan kepintarannya selaku orang alim. Mereka berhujah tindakan tindakan yang diambil oleh Dr Morsi semasa menjadi presiden adalah punca rakyat Mesir bangkit menentangnya dan pihak tentera Mesir hanyalah menjalankan tanggungjawab mereka dengan melindungi dan mengembalikan "hak" rakyat.
Maka menafikannya sebagai kudeta. Mereka seolah olah percaya bahawa pihak tentera Mesir adalah neutral, tidak berkepentingan dan bersih dari dosa dan najis politik dalaman Mesir. Sungguh melucukan. Antara tuduhan yang dilemparkan mereka terhadap Morsi adalah beliau bersikap damai dengan Israel dan Amerika sedangkan bersikap keras terhadap kerajaan muslim Syria dengan mengisytiharkan jihad terhadap kerajaan Assad.
Mereka menyelar tindakan Morsi menutup kedutaan Syria di Kaherah, akan tetapi tidak pula menutup kedutaan Israel. Mereka mengatakan Ikhwanul Muslimin berjinak jinak dengan yahudi akan tetapi tega memerangi kerajaan orang Islam Syria, seolah olah mereka baru tiba dari planet Marikh dan tidak mengetahui khabar berita tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan Syria terhadap rakyatnya. Sungguh menghairankan mereka yang melabelkan diri mereka sebagai Ahlus Sunnah ini mengambil sikap yang begini pelik.
Bertambah pelik apabila mereka mencemuh kepimpinan Morsi yang baru dipilih sebagai presiden tahun lepas kerana tidak mampu mengembalikan kestabilan ekonomi, malah menjadikan keadaan ekonomi lebih parah. Di sini saya akan cuba meredakan jerebu yang melanda otak pemikiran mereka sehingga pandangan mereka kabur dan tersisih dari kebenaran. Israel yang masih belum mengeluarkan sebarang reaksi terhadap penggulingan Morsi adalah antara pihak yang tersenyum lebar dengan perkembangan terkini negara jiran mereka itu.
Akhbar akhbar Israel secara terang terangan menyatakan kegembiraan mereka terhadap pemberontakan puak sekular-liberalis yang menjatuhkan Morsi. Alasan mereka serupa, kejatuhan Morsi adalah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri serta percaturan politik Ikhwan yang tersilap langkah, menyebabkan rakyat bangkit memberontak, dengan pasukan tentera “terpaksa” bertindak. Skrip media Israel dan Barat inilah yang dijadikan pedoman oleh mereka yang mengutuk Morsi dan Ikhwan. Hakikatnya, pihak tentera lah yang menjadi teraju utama, didalangi Amerika dan Israel.
Sudah menjadi pengetahuan umum, pihak tentera Mesir adalah belaan Rumah Putih. Pihak tentera lah yang mendesak hubungan intim dipelihara antara Kaherah, Washington dan Tel Aviv seperti yang dilaporkan oleh akhbar Israel Hayom:
Pemberontakan rakyat Mesir terhadap Mubarak hanyalah selaput luar yang membungkus perancangan tentera dalam percaturan politik Mesir. Mohamed ElBaradei, individu yang ingin diketengahkan tentera bagi menggantikan Mubarak, mempunyai hubungan intim dengan Rumah Putih selama menerajui IAEA, selain direstui Israel. Beberapa pertemuan antara ElBaradei dengan Tantawi sebelum Mubarak berundur serta jaminan ElBaradei terhadap pendirian neutral tentera mencerminkan hubungan rapat keduanya.
Walaupun Morsi menutup kedutaan Syria di Kaherah dan memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Assad, angkatan tentera Mesir bertegas untuk tidak mencampuri urusan dalaman Syria. Permusuhan Morsi dengan Israel yang terpaksa dipendam itu dapat dilihat apabila kedutaan Israel di Kaherah yang telah dikosongkan setelah diserang semasa pemberontakan 2011, masih belum diperbaiki dan belum dibuka sehingga kini.
Hubungan rapat antara tentera Mesir dengan Amerika dan Israel adalah kerana bantuan kewangan yang diterima angkatan tentera dari Amerika setiap tahun berjumlah 1.3 billion dollar sejak 1987. Sejumlah 71.6 billion dollar telah dihulurkan oleh Amerika sejak 1948 sehingga 2011. Untuk tahun 2014, Presiden Obama meminta 1.55 billion dollar untuk Mesir, di mana 1.3 billion untuk angkatan tentera dan 250 juta dollar untuk sektor ekonomi Mesir, sebagaimana dilaporkan di dalam laporan kongres Amerika Syarikat bertarikh 27 Jun 2013, selain menyebut:
Dengan penjelasan ini, diharap dapat memadamkan kabus yang menutupi minda mereka mereka yang pantas mencela Morsi dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, tanpa terlebih dahulu meneliti situasi sebenar. Kita haruslah bijak menganalisa dan mencerna maklumat yang diperolehi, lebih-lebih lagi dalam hal politik dan geopilitik, sebelum kita membuat kesimpulan yang pincang. Penulisan ini saya tujukan khusus buat rakan-rakan yang sejak beberapa hari lepas, sangat pantas mewajarkan penggulingan Morsi dan Ikhwanul Muslimin.
Saya bukanlah pendukung Ikhwanul Muslimin, malah saya tidak mempercayai sistem demokrasi yang diamalkan dunia hari ini, yang mana Ikhwanul Muslimin telah memilih untuk menyertainya. Namun, saya tidak boleh membiarkan tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap mereka, kerana ia bukanlah jalan perjuangan yang hakiki. Janganlah kerana mereka telah memilih manhaj yang berbeza untuk perjuangan mereka, maka kita pula bergelumang dengan fitnah terhadap mereka demi membuktikan kebenaran manhaj pilihan kita. (Hrkh)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

- “The U.S. aid is designated for the Egyptian military, and it is the military officials who value the relationship with Washington and cultivate the relationship with Israel. The Israeli-Egyptian connection is kept mainly at a level of security coordination. Therefore, for Israel, a leadership made up of military generals is perhaps more approachable than a government led by a party with religious leanings.”
- “Under Tantawi’s (Commander-in-chief of the armed forces) stewardship, the military controls a labyrinth of companies that manufacture everything from medical equipment to laptops to television sets, as well as vast tracts of real estate, including the Sharm el-Sheikh resort where Mubarak owns a seaside palace. Robert Springborg, professor of national security affairs at the Naval Postgraduate School in Monterey, has called the Egyptian military “a business conglomerate, like General Electric.” Tantawi is effectively the corporate head of this empire, with command of as much as 40 percent of the Egyptian economy.”
Pemberontakan rakyat Mesir terhadap Mubarak hanyalah selaput luar yang membungkus perancangan tentera dalam percaturan politik Mesir. Mohamed ElBaradei, individu yang ingin diketengahkan tentera bagi menggantikan Mubarak, mempunyai hubungan intim dengan Rumah Putih selama menerajui IAEA, selain direstui Israel. Beberapa pertemuan antara ElBaradei dengan Tantawi sebelum Mubarak berundur serta jaminan ElBaradei terhadap pendirian neutral tentera mencerminkan hubungan rapat keduanya.
- “I think they know they are not equipped to run the country—a place laden with every sort of problem. They want to deliver the goods, and go back to the barracks.” “I have a gut feeling,” demikian jaminan ElBaradei.
Walaupun Morsi menutup kedutaan Syria di Kaherah dan memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Assad, angkatan tentera Mesir bertegas untuk tidak mencampuri urusan dalaman Syria. Permusuhan Morsi dengan Israel yang terpaksa dipendam itu dapat dilihat apabila kedutaan Israel di Kaherah yang telah dikosongkan setelah diserang semasa pemberontakan 2011, masih belum diperbaiki dan belum dibuka sehingga kini.
Hubungan rapat antara tentera Mesir dengan Amerika dan Israel adalah kerana bantuan kewangan yang diterima angkatan tentera dari Amerika setiap tahun berjumlah 1.3 billion dollar sejak 1987. Sejumlah 71.6 billion dollar telah dihulurkan oleh Amerika sejak 1948 sehingga 2011. Untuk tahun 2014, Presiden Obama meminta 1.55 billion dollar untuk Mesir, di mana 1.3 billion untuk angkatan tentera dan 250 juta dollar untuk sektor ekonomi Mesir, sebagaimana dilaporkan di dalam laporan kongres Amerika Syarikat bertarikh 27 Jun 2013, selain menyebut:
- “With the President of Egypt hailing from the Muslim Brotherhood, some lawmakers and U.S. citizens are concerned that continued U.S. military aid and sales of U.S. equipment could be one day used by a government and military that is controlled by Islamist forces hostile to U.S. national security interests and to peace with Israel. Some opponents of U.S. military aid to Egypt may apply further scrutiny in the months ahead to proposed U.S. arms sales to Egypt financed by U.S. taxpayer dollars.”
Dengan penjelasan ini, diharap dapat memadamkan kabus yang menutupi minda mereka mereka yang pantas mencela Morsi dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, tanpa terlebih dahulu meneliti situasi sebenar. Kita haruslah bijak menganalisa dan mencerna maklumat yang diperolehi, lebih-lebih lagi dalam hal politik dan geopilitik, sebelum kita membuat kesimpulan yang pincang. Penulisan ini saya tujukan khusus buat rakan-rakan yang sejak beberapa hari lepas, sangat pantas mewajarkan penggulingan Morsi dan Ikhwanul Muslimin.
Saya bukanlah pendukung Ikhwanul Muslimin, malah saya tidak mempercayai sistem demokrasi yang diamalkan dunia hari ini, yang mana Ikhwanul Muslimin telah memilih untuk menyertainya. Namun, saya tidak boleh membiarkan tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap mereka, kerana ia bukanlah jalan perjuangan yang hakiki. Janganlah kerana mereka telah memilih manhaj yang berbeza untuk perjuangan mereka, maka kita pula bergelumang dengan fitnah terhadap mereka demi membuktikan kebenaran manhaj pilihan kita. (Hrkh)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment