Saturday, July 13, 2013

Mesir, Lakonan Ditaja Negara Sekular -Presiden PAS

AS mahu keruhkan lagi keadaan Penyokong Mursi menggesa protes secara aman diadakan di beberapa kawasan di Kaherah, semalam.

SHAH ALAM - Penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi yang diperlihatkan rakyat menolak pimpinannya adalah lakonan ditaja negara sekular yang menolak parti gerakan Islam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, rakyat dipergunakan untuk berhimpun menyatakan bantahan kepada Mursi, malah ada yang turut dibayar.

“Protes dirancang dengan rapi dan tersembunyi oleh tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarnya. Protes ini hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam masa setahun pemerintahan Presiden Mursi.

“Satu lakonan menipu rakyat dan seluruh dunia. Kali ini, rakyat miskin dan bodoh dikerah dengan duit upah dan kenderaan percuma, yang disumbangkan oleh negara minyak Arab,” katanya.

Katanya, adalah tidak adil untuk menghukum Mursi yang baru memerintah selama setahun dan meletakkan bebanan ke atas bahunya sedangkan masalah yang berlaku di Mesir diwarisinya daripada rejim terdahulu.

Menurutnya, bertambah malang apabila wujud dalam kalangan ulama dan pemimpin dunia menyokong penggulingan Mursi.

“Ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini sebagai benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan Kaabah,” katanya.
(SH)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails