BEBERAPA penyokong Presiden Mesir
yang digulingkan, Mohamed Morsi membawa poster pemimpin berkenaan dalam
satu demonstrasi di Kaherah semalam.
KAHERAH - Diplomat kanan Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton
semalam menyatakan bahawa Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi
berada dalam keadaan sihat. Beliau menyatakan demikian selepas
mengadakan pertemuan dengan Morsi di sebuah lokasi rahsia di Mesir.
Pemimpin tersebut kini berada dalam tahanan tentera selepas beliau
digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 3 Julai lalu. Dalam satu
kenyataannya selepas pertemuan selama dua jam itu Ashton
yang merupakan ketua dasar luar EU menggesa agar keganasan di Mesir
segera ditamatkan. Beliau berkata, semua pihak termasuk pergerakan Islam
terbesar di
Mesir, Ikhwanul Muslimin perlu terlibat dalam proses politik di negara
itu.
"Beliau tidak akan melawat Morsi jika tidak berpuas hati dengan
kawalan keselamatan yang diatur," kata jurucakap diplomat tersebut,
Michael Mann.
Dalam pada itu, Ashton memberitahu bahawa Morsi mendapat akses kepada
maklumat dunia luar dengan beliau dibenarkan membaca akhbar dan
menonton televisyen.
"Saya cuba memastikan agar keluarganya (Morsi) tahu bahawa beliau berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya. - AP
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment