Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Ajaran Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak2 mendapat apa2 nafkah mahu pun harta warisan.
Dalam ertikata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.Cara Nikah Mut'ah Caranya semudah makan kacang. Tak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi.
Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah. Tanpa mengambil peduli samada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.Mereka mengikat tali perkahwinan untuk jangkamasa tertentu samada setahun, sebulan,seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikantersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu melafazkan cerai.
Jika isteri hamil atau mendapat anak,semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.Setelah tamat tempoh, jika dia mahu'berkahwin' semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Dengan Nikah Mut'ah, anda boleh ber'poligami' lebih dari sejuta jika mahu.
Hukum Nikah Mut'ah
Pada zaman awal Islam, Rasulullah membenarkah Nikah Mut’ah kerana ianya merupakan satu kebiasaan
masyarakat zaman ketika itu. Kemudian ianya diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan Nikah Mut’ah secara mutlak sehingga hari kiamat.
Justeru, hukum muktamad Nikah Mut’ah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh2 ilmuan Islam dari semua Mazhab baik Syafi’e, Hambali, Maliki dan Hanafi. Dalil Pengharaman Dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata :
"Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu.
Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam.
Keesokan harinya aku pergi ke MasjidilHaram, dan tiba2 aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hjar Ismail. Beliau bersabda,
"Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah.Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah s.w.t telah mengharamkan nikah mut'ah sampai HariKiamat (Shahih Muslim II/1024)
Dari Ali bin Abi Thalib ra.ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahawa NabiMuhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada waktu perang Khaibar .
Gambar gadis-gadis Iran, diambil curi di sebuah taman di Tehran..
Ibnu Hasyim di sebuah dapur restoran di Iran..
Kesimpulan Jika dilihat pada caraperlaksanaannya, NikahMut'ah sememangnya nampak mudah dan menyeronokkan. Nikah Mut’ah tidak ubah seperti mahu menghalalkan ZINA dan pergaulan bebas. Merupakan satu bentuk penghinaan dan penindasan terhadap kaum wanita. Seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap mereka sebagai tempat memuaskan nafsu semata2. Wanita diperlakukan tidak ubah seperti barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran. Sedangkan di dalam Islam,kaum wanita diangkat tinggi darjatnya.
Selain terdedah kepada bahaya penyakit hasil seks bebas, ia turut memberi implikasi besar terhadap zuriat keturunan. Cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak2 yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak2 tidak mengenal siapa ayahnya. Dalam sistem Mut'ah, anak bukanlah tanggungjawab suami. Tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal2 lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan kononya secara ‘halal’.
Disebabkan itu, Nikah Mut'ah sememangnya wajar diharamkan... Wallahualam....
sumber Sini
kpd syiah melayu bangsat,
ReplyDeletekalau tak sanggup nk mutaahkan isteri dan anak pompuan anda, tak payah lah ikut ajaran kafir syiah tu... mengada2 je.
kalau nk lawan amerika, jadi sunni pun peluang terbuka utk berjihad.
silalah berjihad ikut jln yg betul lawan mana2 kuffar mustakbirin yg menzalimi umat islam, paling dekat di rohingnya.
kalau takat nk jadi penonton tukang sorak lakunan iran lawan US, elok lah taubat.
kalau ikut syiah takat nk kutuk sahabat rdh, tp anak bini tk diberi mutaah, pukul kepala pun slow tk berdarah2, jgn berangan jadi syiah yg kafir sesat tu.
taubatlah syiah melayu laknat.