Ia berikutan notis yang dikeluarkan kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan tanah tersebut sebagai Taman Negara Pulau Bakun. Dalam notis yang diterbitkan dalam akhbar tempatan Borneo Post pada Selasa lalu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyenaraikan 18 buah pulau dalam kawasan empangan Bakun untuk digazetkan sebagai taman negara.
Apa apa-apa hak atau keistimewaan, atau apa-apa pelaksanaannya oleh mana-mana individu juga akan digugurkan selepas tempoh bantahan itu, menurut notis itu lagi. Bagaimanapun, peguam hak Orang Asal, Abun Sui Anyit berkata pulau yang dimaksudkan itu pada asalnya merupakan kawasan tanah tinggi sebelum air empangan menenggelamkan kawasan penempatan tersebut.
Abun Sui berkata, walaupun sebahagian besar
Orang Asal Bakun dipaksa berpindah ke skim penempatan semula Sungai
Asap, sesetengah daripada mereka masih berdegil untuk tinggal di Bakun. Tambahnya,
beberapa orang yang berpindah ke Sungai Asap juga kembali ke tanah asal
kerana tidak tahan dengan keadaan di kawasan penempatan tersebut.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
No comments:
Post a Comment