Oleh: TinBuruk
Parti Anak Menantu
"SEPERTI biasa, bila sudah bertarawih kami akan dijamu dengan 'moreh'. Hari ini
bubur pulut hitam. Dulu masa di asrama (saya pernah tinggal asrama)
kali pertama saya melihat dan merasa bubur pulut hitam. Pada masa itu
saya tak suka kerana tak biasa. Hanya kenal bubur kacang sahaja.
Pak
Ali tokey warung bawa kerana gilirannya mengikut carta yang hampir
tercabut dipelekat dengan stapler yang bengkok mungkin kayu cengal sukar
ditembusi.
Hassan golongan awal 40an dengan kerjaya yang baik
dan berkereta Mercedes nampak begitu rancak berborak. Boleh kata setiap
malam dia akan buka cerita baru.
Beberapa golongan tua (lebih
70an) dengan rokok daun dan tembakau yang dibeli di Rusila pada kuliah
Jumaat hanya terdiam dan tersengih sekali-sekala. Tak banyak menyampuk
melainkan Wan Sembak yang suka bercakap kuat dan menengking sekali
sekala.
"Tok Guru kita dengan menantunya Zaharudin Muhammad nak jatuhkan golongan profesional dalam PAS" Hassan membuka perbincangan. ( Lihat Baca Boleh, Betul Belum Tentu. "Kebangkitan pengar...)
"Yee ke" tanya Razak anak Pak Su Komeng.
"Takkan
tak percaya, Zaharuddin tu dilantik menjadi Majlis Syura Ulama PAS
pada tahun 2011 dan dia menjadi Ketua Jabatan Agama di syarikat milik
kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada
2012" kata Hassan dengan bersungguh-sungguh.
"Baca di internet ke Hassan?" Saya menyampuk. Kebetulan saya dah di tangga untuk pulang.
"Amin Iskandar ada tulis dalam Malaysian Insider" kata Hassan.
Saya
tak nak ulas siapa Amin Iskandar, kalau orang kenal Hishamuddin Rais
mungkin juga boleh kenal Amin Iskandar. Maksud saya 'fikrah' dia!
Saya tanya Hassan "Isu
Kota Damansara, sebenarnya sudah bermula tahun 2008 walaupun keputusan
memihak Dr Nasir bertanding. Ini boleh tanya kepada mereka yang aktif
di situ. Adakah kemasukkan Zaharudin (ramai blogger mengelarkan Din
Ayam untuk penghinaan) pada 2011 menjadi punca permasalahan di situ?"
"Din Ayam yang menyebabkan perkara ini berlaku" Hassan bertegas.
"Din ayam rancang untuk menjatuhkan semua golongan profesinal yang kebetulan kebanyakannya kalah dalam PRU13 baru-baru ini" tambah Hassan lagi.
Saya
sebenar tak nampak sinifikan kekalahan golongan profesional maka
semuanya akan dijatuhkan dalam Muktamar PAS. Setahu saya golongan
ulama lebih banyak kalah sebelum PAS menonjol seperti sekarang. Siapa
punya idea hingga perkara ini melutus di internet.
"Lihat Hussam Musa disingkirkan daripada exco pun angkara Din Ayam" kata Hassan
"Hassan,
jangan kita terlebih cakap dengan maklumat yang tak benar. Tuan Guru
Nik Aziz ada jawapannya. Takkan Tuan Guru Nik Aziz bodoh nak biarkan
perkara ini kalau tak persetujuannya. 'Orang tua tu' (Tuan Guru Nik
Aziz) bukan sebarang orang" kata saya.
"Pergi tanya dia sendiri, jangan buat mulut. Tapi jangan tanya di hadapan kelayak ramai" kata saya.
Dulu
ada wartawan tanya pasal perkara ini, tapi Tuan Guru tak layan
dan minta soalan lain. Adakah Din Ayam dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi
mampu menutup mulut Tuan Guru Nik Aziz. Kalau kita berhujah biarlah ada
logik. Jangan kita tambah maklumat dengan maklumat palsu atas dasar
kita tak suka seseorang.
Adakah Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan menantunya nak menguasai PAS? Biar betul!
Kalau
Tuan Guru Haji Hadi dan menantunya rancang nak menguasai PAS sudah
pasti dia membenarkan Ustaz Khalil anaknya bertanding. Tapi kenapa
dia melarang? Banyak sangat dongengan cerita-cerita memburuk kepimpinan
dengan maklumat yang tidak benar.
“Tambahan lagi sekutu
Zaharudin seperti Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik
Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-duanya menang di kerusi Parlimen
Temerloh dan Pasir Mas. Nasrudin dikatakan terhutang budi dengan
Zaharudin oleh kerana usahanya melobi Abdul Hadi agar membuat
pengumuman “mengejut” pencalonannya di kerusi Temerloh yang sebelum itu
milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid," kata Hassan
Dalam hati
kalau saya layan si Hassan ni panjang... sahur baru balik. Nasib baik
tak ada si Rahman. Kalau tak lagi kecoh, Rahman lebih emosi lagi. Patner
si Hassan kumpulan "Reform PAS". Tapi Wahab gelar "geng blogger gila".
Wahab ni anak Pak imam Ayah Teh. Dia pun tak ada malam ini.
Termeloh,
Kuantan dan beberapa tempat sebenarnya adalah kawasan PAS yang
dipinjamkan kepada PKR. Tapi bila PKR bertanding PAS nak ambil semula
sukar. Jadi dalam banyak mesyuarat-mesyuarat Majlis Pakatan perkara ini
dibincangkan. Tak banyak penyelesaian. Rasanya ada perkara yang tak
perlu didedahkan kepada umum.
Jadi PAS bertegas nak ambil
Temerloh. Ini pun bukan kerana Din Ayam, lama dah. Kalau tak percaya
tanya Wan Fauzuddin NS. Dia orang kuat Parti Keadilan di Pahang dan dia
jujur dalam banyak hal dia boleh cerita perkara sebenar. Gaduh di
Termeloh tu semenjak 2004 lagi.
Kenapa orang suka sebar fitnah dan memburukkan satu sama lain?
Saya rasa malas nak layan si Hassan, saya pun turun tangga dan menyarung selipar. "Sambung esoklah Hassan, malas nak berhujah kalau fakta sekadar baca internet" kata saya.
" Larilah tu" Kata Hassan mengejek saya.
"Assalamualaikum" saya terus ke kereta.
Tin Buruk
http://tin-buruk.blogspot.com/"
Lihat.. Ada kaitan..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
No comments:
Post a Comment