AHLI Parlimen PAS kawasan Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta
kerajaan tidak mendakwa pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24 di
bawah Akta Hasutan kerana akta itu telah banyak menzalimi rakyat negara
ini.
Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan
kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa
bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, kata beliau.
"Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini. Adakah ini keadilan?
"Tidak
malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal
bersikap adil? Di mana keadilan yang juga menjadi prinsip utama ajaran
Islam hendak kita campakkan?," katanya dalam satu kenyataan.
Kedua-dua
pasangan muda itu telah mencetus kontroversi kerana mempersendakan umat
Islam dan bulan Ramadan dengan mempamerkan gambar lucah, didakwa di
Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.
Peguam PAS itu sebaliknya meminta umat Islam menerima maaf dari pasangan itu. Islam menurutnya, adalah agama rahmah di mana Allah telah menulis untuk DiriNya rahmah (belas ikhsan). `Menerima kemaafan'
"Maka
oleh itu saya rasakan tidak salah bagi umat Islam untuk menerima
kemaafan kedua pasangan remaja itu dan memberi mereka peluang untuk
tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu.
"Saya
percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam
di negara ini. Itu sudah cukup, bagi saya, menjadi hukuman perit ke atas
mereka," katanya.
Beliau menambah, bagilah peluang kedua kepada mereka berdua, remaja yang mudah tergelincir. Katanya,
percayalah Islam tidak akan dilemahkan dengan penghinaan mereka berdua
dan Islam juga tidak dikuatkan hanya kerana kita melaung kuat untuk
menghukum mereka di bawah kta yang zalim seperti Akta Hasutan.
Sebaliknya,
dekatilah mereka dengan lemah lembut dan berhemah supaya segala
keraguan mereka atas agama ini dapat dipadamkan dari benak pemikiran
mereka. (Diangkat Dari Blog MiloSuam)
Aku setuju dengan Sdr Haniffa. Islam tidak akan jadi kuat dengan akta zalim ni sebab Islam tak pernah setuju dengan kezaliman. Bagi puak UMNO, halalkah? haramkah? sama saja bagi depa tu. Matlamat didahulukan.
ReplyDelete