KUALA LUMPUR: PAS menyeru para pengundi Dun Kuala Besut memberikan kemenangan kepada PAS pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung 24 Julai ini.
Ini sekaligus menjadikan PRK Dun Besut sebagai satu pilihan raya bersejarah kepada negeri dan negara apabila kemenangan PAS menyebabkan kedudukan kerusi dalam Dun Terengganu berimbang 16:16
Timbalan Pengarah I Operasi Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut, Muhyiddin Abdul Rashid berkata, tinjauan yang dibuat mendapati rata-rata penduduk Dun Kuala Besut yang ditemui mahu mencipta sejarah baru baru.
"Inilah masanya, peluang kepada rakyat dan pengundi Dun Kuala Besut 'memahat sejarah' dan menjadikan nama Kuala Besut akan disebut-sebut sebagai pencetus sejarah baru,” ujarnya dipetik Buletin Online.
Menurutnya, apabila PAS menang dan kedudukan kerusi Dun akan menjadi berimbang 16:16, maka pakar-pakar temasuk perundangan, sosial dan politik akan melihat penduduk Kuala Besut sebagai 'penulis sejarah' yang tidak akan dilupakan sepanjang zaman.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.
Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. (Hrkh)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
No comments:
Post a Comment