Tuesday, July 23, 2013

Peserta Ratu Cantik Cabar Mufti Wilayah.

Nur Hidayah Abdul Wahid

TAHNIAH kepada Blog Gendang Perang kerana sanggup mencabar atau mengislahkan Mufti Wilayah Persekutuan, supaya tidak dimalukan oleh peserta ratu cantik Miss Malaysia. Lihat beritanya ini...

Mufti perlu lihat gambar ini dan fatwakan segera

RASA terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu. Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang. 

Komen peserta beragama Islam Sara Amelia Bernard yang berbunyi,  "Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.
Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di bawah dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?

Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.

Nurul Fatiha Abd Hamid


Nur Hidayah Abdul Wahid

Pemakaian pakaian mandi/ bikini dalam pertandingan ratu cantik tidak memerlukan peserta beraksi lucah. So, Mr mufti bertindak segera... jangan buat fatwa pipih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi tak difatwakan haram.(Blog GP)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya Mufti kena jawab haram atau halal. Tapi apa yang hendak dikata, selagi UMNO mennguasai Malaysia, kuasa ulama tidak akan melebihi kuasa politik tidak Islamik yang ada sekarang ini.. Ulama hanya jadi alat untuk mengampu, dan membenarkan kata pemerintah sahaja. Mulut mereka terkunci kerana jawatannya.

Sejarah telah membuktikan, bagaimana Mufti Selangor Datuk Ishak Baharum telah tersingkir gara-gara Ratu Cantik juga. Ustaz Ahmad Awang tersingkir dari JPM, dan banyak lagi.

Oleh itu wahai Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, sila jawab!

Berita lagi...

Pemuda PAS gesa Malaysia haramkan ratu cantik 
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta para mufti di negeri-negeri agar mengambil pendirian tegas dengan mengharamkan pertandingan ratu cantik di negara ini.

Ia berikutan terdapat satu penganjuran Pertandingan Miss Malaysia World 2013 bagi mencari bakat untuk diketengahkan bagi mewakili Malaysia dalam Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013 akan datang.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang menyedihkan adalah penglibatan daripada wanita beragama Islam dalam pertandingan tersebut dan mereka mendapat tempat yang tinggi dalam ranking pertandingan tersebut.

Beliau berkata, isunya bukan kerana pertandingan itu diadakan dalam bulan Ramadhan maka penganjur tidak membenarkan empat orang gadis beragama Islam menyertainya, lebih dari itu adalah ia sama sekali menjatuhkan maruah umat Islam dan agama Islam di negara ini.

Tegasnya, pengharaman penglibatan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik bukan terhad hanya pada bulan Ramadhan, tetapi pengharamannya kekal di mana-mana bulan sekalipun.

Menurutnya, melibatkan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik telah menyebabkan peserta tersebut serta umat Islam yang melihat mereka menanggung dosa besar.

Katanya, dengan pakaian yang memberahikan termasuk berbikini, maruah gadis beragama Islam diinjak sedemikian rupa sehingga aurat mereka boleh dipertontonkan untuk tatapan nafsu kaum lelaki.

“Wanita sebenarnya dijadikan untuk dihormati, disanjung dan diletakkan pada kedudukan yang istimewa, bukan sebagai bahan pemuas nafsu lelaki sehingga dijadikan barang dagangan dan dipertontonkan sesuka hati,” ujarnya.

Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa amat wajar Malaysia mengambil pendirian mengharamkan terus penganjuran pertandingan ratu cantik di negara ini. Sebagai sebuah negara Islam, katanya Malaysia seharusnya mengamalkan ajaran Islam dan mesti memperlihatkan keindahan Islam di mata dunia.

Katanya, negara-negara barat akan menghormati Malaysia atas ketegasannya memelihara maruah wanita di samping negara-negara Islam menyanjung tinggi pendirian berani pemimpin negara ini.

“Tonjolkan sikap bahawa Malaysia adalah pembela maruah wanita dengan mengangkat darjat mereka sesuai dengan kedudukan mereka,” katanya. (Hrkh)

5 comments:

Anonymous said...

Dedah aurat haram, ratu cantik ke, sukan ke, suka suka ke, alim ke jahil ke, tetap haram. Kesian yg jahil keterlaluan, bela dan pertahankan maksiat, mudah mudahan la insaf.

Anonymous said...

Kenakan tindakan undang-undang terhadap bekas peserta ratu cantik ini.

Anonymous said...

bukan takat dedah aurat je... dalam pertandingan ini ada melibatkan manusia mengadili ciptaan Allah s.w.t. yang kita tahu sifatnya Maha Sempurna... apa perlu dibanding-bandingkan dan diadili?

Anonymous said...

Budak minah ni gatai pi masok betanding ratu buat apa, kejaan tak bagi HARAM. Hang dok tebiang buat apa?

Kalu gatai sangat nak btelanjang hang pi la main SOKAN, HALAL BI HALAL HALELUYA.

Sekarang kejaan kena siasat dari segi kemungkinan minahratu ni ada maksud mengharamkan sokan btelanjang secara menghubongkait dengan larangan betanding ratu.

Anonymous said...

Salam admin..sy mohon dlte gambr gimnas2 itu..untuk pengetahuan admin..mereka sudah bertutup..jadi..jgnlah membuka aib mereka semula..admin tahu kan hukum jika membuka aib seseorg itu..mohon admin mengambil tindakan segera..jadi sy mohon jasa baik admin utk dlte gambar itu..terima kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails