Monday, July 08, 2013

Pro, Anti Mubarak Anti Mursi Sejak Awal -Subky Latif


Antara yang cedera dan terbunuh di tangan tentera baru-baru ini..


SEKALIAN pro Mubarak di Mesir dan seluruh dunia khususnya Israel  dan Amerika hancur hati masing-masing dengan cara Mubarak digulingkan. Justeru itu membuka laluan kepada Ikhwanul Muslimin mengisi kekosongan kuasa.

Kuasa di akar umbi adalah bersama revolusi demokrasi pro Islam gerakan Ikhwan  Muslimin. Maka anasir pro dan anti Mubarak sepakat untuk menghalangi parti pimpinan Mursi yang pro Ikhwan memenangi pillihan raya Parlimen  dan pillihan raya Presiden.

Mereka gagal menyekat parti Mursi memenangi pilihan raya Parlimen. Menjelang pilihan raya Presiden mahkamah agung yang diketuai Adly Mansor yang menjadi Presiden sementara menggantikan Dr. Mursi membatalkan keputusan pilihan raya itu.

Kecenderungan rakyat ketika Mubarak digulingkan tiada ruang bagi ansir pro Mubarak boleh diberi muka dalam politik, tetapi pemerintah tentera membenarkan bekas Perdana Menteri zaman  Mubarak menjadi calon Presiden menentang Dr. Mursi. Khadam Mubarak itu gagal.

Sebelum Dr. Mursi mengangkat sumpah Presiden, pemeritahan sementara meluluskan undang-undang mencabut kuasa tentera dari Presiden. Apa akan jadi pada Presiden tanpa kuasa atas tentera? Dan apa erti semuanya. Mursi masuk pejabat tanpa kuasa tentera tetapi beliau mula-mula sekali menggantikan pemimpin tentera yang menjadi khadam pro  dan anti Mubarak sedunia yang  anti Mursi dan Ikhwan.

Tindakan keduanya  ialah cuba mengganti ketua hakim yang membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen. Tindakan ini tidak dapat dibuat oleh Mursi dengan sekalian hakim adalah khadam Mubarat dan anti Ikhwan. Dari awal hakim dan mahkamah adalah tidak bersama Mursi dan masyarakat diwarwarkan Mursi menentang hakim dan mahkamah.

Ketua hakim yang menjadi Presden sementara sekarang bukan saja sekular anti Islam yang menjadi khadam Mubarak, saya dimaklumkan dia adalah penganut mazhab Kibti. Kibti adalam kaum asal Mesir purba sebangsa dengan Firaun. Firaun adalah anti Nabi Musa dan anti Tuhan Nabi Musa di zamannya dan Firaun ada pemerintahan anti Tuhan dan anti kemanusiaan zaman berzaman.

Mesir yang menjadi boneka barat sejak zaman beraja hingga hari terakhir pemerintahan Mubarak – kecuali di zaman Gamal Abdel  Nasser  yang  anti-Amerika – ia bukan saja memupuk fahaman sekular yang tebal di kalangan elit rakyat Islam, bahkan ia memberi layanan tertentu kepada penganut Khibti tertentu.

Apabila giliran Afrika menjadi Setiausaha Agung PBB, barat menyokong pencalonan warga Mesir untuk jawatan itu tetapi dia adalah seorang penganut Khibtai iaitu Boutrus-Boutrus Ghali. Sekalipun barat mempercayai golongan sekular Islam  Mesir tetapi ia lebih percaya kepada Khibti kerana Khibti bukan Islam.

Sebaga boneka Mubarak juga lebih percaya kepada Khibti dari orang Islam kerana Islam sekular boleh khianat kepadanya seperti yang dilakukan oleh setengah golongan  sekular yang menjayakan revolusi penggulingannya dulu. Sekalipun dari mula Mursi cuba menjadi pemimpin yang adil dan  saksama untuk semua – Islam, Kristian, Khibti dan lain-lain, tetapi semua usahanya telah tentang oleh gejala anasir anti Ikhwan.

Sejak dia berkuasa, dia membuka laluan mudah bagi Palastin mendapatkan bekalan melalui terowong di sempdan Gaza. Dia memperkenal dasar pro  Islam yang tidak bercanggah dengan nilai kemanusiaan sejagat. Israel dan khadam Amerikanya mahu Mursi dan  Ikhwan dihapuskan tetapi tidak mahu tentera mengambil kuasa. Tentera melakukan kudeta dan memberi kuasa Presiden kepada ketua hakim yang membatalkan keputusan pililhan raya Parlimen yang pertama yang dimenangi oleh parti Mursi. Sandiwara yang Amerika tidak dapat bersihkan.

Langkah pertama tentera dan Presiden sementara sebaik Mursi digulingkan selain menahan beratus  pemimpin Ikhwan, ia membinasa terowong bantuan ke Gaza. Mengapa anti Mursi dan anti Ikhwan juga menjadi anti Palestin? Ia adalah tindakan anti Mesir, anti Arab dan anti demokrasi  Islam. (Hrkh)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails