Saturday, July 06, 2013

Program Ihya' Di Qaryah Ramadhan Bersama Mat Rempit.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima cenderahati daripada wakil Majlis Agama Islam Narathiwat sambil disaksikan Menteri Besar.
 
KOTA BHARU: Pengisian program Ihya’ Ramadhan tahun ini khususnya di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium di sini selain solat tarawih dan tilawah Al-Quran, akan dipenuhi juga dengan aktiviti membabitkan pelajar Pasti negeri.

Bahkan, kelainan sambutan Ihya’ Ramadhan di Kelantan tahun ini ialah penggemblengan anak muda, ‘Mat Rempit’ dengan galakan bertadarus di masjid dan surau di negeri ini khususnya di Qaryah Ramadhan pada awal malam selepas solat tarawih dan waktu dinihari sebelum bersahur.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata dalam konteks menyebarkan Islam kepada rakyat, penambahbaikan kepada sambutan Ihya’ Ramadhan sentiasa dilakukan setiap tahun.

“Puluhan tahun kita berada di Medan Ilmu ini, telah banyak ilmu Islam disebar dan dipungut rakyat.
“Bahkan inilah rahsia sebenarnya kejayaan kita di Kelantan mempertahankan pemerintahan dan pentadbiran Islam, selama 23 tahun," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1434 Hijriah di Medan Ilmu di sini hari ini.

Turut hadir Mursyidl Am PAS yang juga mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Dr Ramli Mamat serta imam solat tarawih Qaryah Ramadhan, Syeikh Hisham Abdul Bari dan Syeikh Ahmad Tamim dari Mesir.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails