Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan: Anak Palestin Juarai Arab Idol. Jajah Pemikiran..

HALAMAN HIBURAN

Anak Palestine juarai Arab Idol

BERIBU-RIBU rakyat Palestin penuh sesak di luar terminal Rafah di sempadan Gaza dengan Mesir dan berbaris di jalan-jalan selama berjam-jam pada hari Selasa kerana menyambut pemenang Arab Idol, Mohammed Assaf, yang memenangi gelaran itu pada hujung minggu selepas persaingan sengit di Beirut dengan dua finalis lain, Ahmed Jamal dari Mesir dan Farah Yousef dari Syria.

Sebaik sahaja kemenangan beliau diumumkan, seluruh Palestine iaitu Gaza, Tebing Barat dan jerusalem Timur seolah berpesta.



Kemenagan beliau menmbawa kesan negatif kepada Hamas yang mengamalkan pemerintahan Islam yang 'strict'. Namun tiada apa-apa berlaku kepada Mohammed Assaf apabila pulang ke Gaza setelah memenangi gelaran Arab Idol. (Diangkat dari Blog Gendang Perang)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah caranya pemikiran umat Islam berjaya dijajah. Dipisahkan Islam dari penganutnya melalui hiburan seperti di atas, apabila remaja meninggalkan Islam dan Al-Quran. Jadilah seperti kambing di liar kumpulannya. Dimamah harimau ganas satu persatu.

Dilaporkan dalam Ramadhan ini, rakyat Palestin penuh sesak di luar terminal Rafah di sempadan Gaza-Mesir dan berbaris di jalan-jalan selama berjam-jam menyambut pemenang Arab Idol, Mohammed Assaf, yang memenangi gelaran itu pada hujung minggu lalu, sedangkan rakyat Palestin lain sedang bermandi darah membebaskan agama dan buminya dari dijajah.

Begitu juga yang terjadi di Malaysia selepas merdeka. (1957 Malaya merdeka dalam acuan penjajah), sehingga remaja Islamnya terpisah dari Al-Qurqan. Lihat saja aksi PM Malaysia..

Video:
Lagu yang membawa kemenangan Assaf

محمد عساف سيرة الحب أم كلثوم Arab Idol Mohammed Assaf 

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails