Austin (Texas): Seorang lelaki dari Hidalgo ditahan dua kali dalam tempoh dua minggu kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan seekor kuda, lapor media semalam. Minggu lalu Cirilo Castillo, 43, didakwa menceroboh harta persendirian dan berkelakuan kejam ke atas haiwan milik jirannya.
Jurucakap polis berkata, Castillo dipercayai menyetubuhi seekor kuda bernama Nadia milik jirannya. Pada Januari 2012, Castillo juga pernah ditangkap atas kesalahan sama. Dia dibebaskan dari penjara pada April.
Ekoran sabitan itu, jiran Castillo mengambil sikap lebih berhati-hati dan memasang kamera litar tertutup (CCTV).
Sumber polis berkata, tindakan jiran terbabit memasang CCTV membolehkan perlakuan lucah melampau Castillo didedahkan.
“Sebenarnya Castillo bukan lelaki yang berbahaya atau ganas - kecuali terhadap kuda,” katanya. Justeru, kata sumber itu, pihak berkuasa terpaksa bertindak ke atas Castillo.
“Jika tidak, dia akan terus melakukan perbuatan itu,” katanya.
Katanya, kejiranan di situ semakin meluat dengan ketagihan aneh Castillo. Setakat ini tidak diketahui ikat jamin perlu dijelaskan Castillo bagi membolehkan dia dibebaskan sementara menunggu perbicaraan. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begini? Kerana tidak ikut landasan perdaban kemanusiaan dan agama. Tidak ikut agama fitrah jadi macam binatang, walaupun ia sebuah kerajaan. Kerajaan yang menjadikan rakyatnya sebagai binatang! BNkah?
Apa hukum bersetubuh dengan binatang dalam Islam?
Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang, iaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat bercakap. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terbalik ke belakang kerana ia turun pada derjat yang rendah.
Maka ia akan mendapati dirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan anjing, keledai, kera, atau apa pun dari semua binatang sesuai dengan tabiat dan keinginannya. Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu.
Sungguh Nabi SAW bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallaahu ‘anhu,
“ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ الْبَهَائِمِ …”
- “Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….” Hadits ini masih panjang. [1]
“ وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ التَّلَوُّطِ”
- “Tidak diragukan lagi bahawa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.“ [2]
Menyetubuhi Binatang
Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,
لِلْفُقَهَاءِ فِيْهِ ثَلاثَةُ أَقْوَالٍ :
* أَحَدُهَا : يُؤَدَّبُ وَلا حَدَّ عَلَيْهِ.
* وَالثَّانِيْ : حُكْمُهُ حُكْمُ الزَّانِيْ.
* وَالثَّالِثُ : حُكْمُهُ حُكْمُ اللُوْطِيِّ.
Di kalangan ahli fiqih ada tiga pendapat:
- Pertama, ia dididik dan tidak dihukum.
- Kedua, hukumannya sama seperti berzina.
- Ketiga, hukumannya sama seperti gay.
- “Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas RA yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi SAW
- “Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“ [3]
Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,
” لَمْ يَصِحَّ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا
مُخَالَفَتُهُ “
- “Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.” [4]
- “Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatang itu dibunuh. Alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas RA
- “Bagaimana dengan binatangnya?”
” مَا أَرَاهُ قَالَ ذَلِكَ إِلاَّ أَنَّهُ يُكْرَهُ أَنْ يُؤْكَلَ لَحْمُهَا وَقَدْ عُمِلَ بِهَا ذَلِكَ الْعَمَلُ “
“Aku tidak tahu kalau Rasulullah SAW berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan kerana haiwan tersebut telah disetubuhi.”
Adapun alasan pendapat untuk haiwan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu … -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahawa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek ...
- sebagaimana diriwayatkan bahawa ada seorang penggembala yang menyetubuhi haiwan, lalu haiwan itu melahirkan keturunan yang jelek.” [6]
Yang nampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah bahawasanya beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh.
Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm.
128.
SUMBER : Buku SEKS BEBAS UNDERCOVER (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr. Ahmad Nida, Penerjemah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit: Toobagus Publishing, Bandung. Lihat http://kaahil.wordpress.com/2009/07/22/hukum-zoophilia-menyetubuhi-binatang/
____________________
[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”
[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.
[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.
[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.
[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.
(IH)
No comments:
Post a Comment