MESIR12 Julai 2013 tarikh Mesir: Menjelang solat Jumaat, Khutbah yang membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan olehTimbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam.
Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi. Antaranya, tokoh Ikhwanul Muslimin Dr.Sofwat Hijazi turut menyampaikan pidatonya di pentas Raba'ah.
Begini antara ucapannya..
"Mereka bertanya kita apa yang anda akan lakukan jika askar tidak mengendahkan tuntutan kamu?
"Kita menjawab, kami akan kekal berterusan di sini dan dataran-dataran, sehingga kembali Presiden Mursi atau kami bersedia untuk mati.
"Kami akan bersiap untuk menyambut hari raya di sini. Sebahagian muslimat semalam datang mencadangkan untuk membawa ketuhar bagi menyiapkan biskut dan kuih hari raya di dataran.
"Kami akan terus menekan dengan cara yang aman. Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh. Kita akan menjadi hamba Allah yang sedia dibunuh, bukan hamba-Nya yang membunuh.
"Kami akan gunakan semaksimum mungkin cara untuk menekan. Kami juga mampu untuk mengadakan mogok dan mengepung pejabat-pejabat kerajaan akan tetapi kami tidak akan melakukannya kerana ia mengganggu kehidupan orang ramai," katanya.
Sementara itu, Jutaan para penyokong Dr.Mursi yang berkumpul di dataran Raba'ah malam tadi telah mengadakan perarakan ke Istana Ittihadiyah dan Kementerian Pertahanan.
Kemaraan mereka ke Istana Ittihadiyah bagaimanapun dihalang oleh sekatan tentera yang menghalang jalan dengan kawat berduri dan meletakkan kenderaan perisai di jalanraya.
Pentas Raba'ah semalam juga turut mengumumkan jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu..
- 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah,
- Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta),
- Giza (350 ribu),
- Ramsis (500 ribu),
- Istana Ittihadiyyah (150 ribu),
- Qina (100 ribu),
- Aswan (30 ribu),
- puluhan ribu di Fayoum,
- ratusan ribu di Asyut
- serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia. (IH)
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment