Monday, July 01, 2013

Sindiket Pelacuran Remaja Melalui Pakej Asmara/Berahi, Sambilan..


ANTARA wanita yang dipaparkan untuk dipilih bakal pelanggan.
KL: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.

Berdasarkan pemantauan Metro Ahad, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.

Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.

Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.

Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibubapa atau keluarga remaja itu perlu berhati-hati memantau remajanya, supaya selamat di dunia dan akhirat.

Lihat sebelm ini...
 E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

1 comment:

Anonymous said...

maaf kepada pembaca sila Lihat sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails