Ma sha’ ALLAH. TabarakALLAH.
Masing-masing senyap, tekun dan khusyuk
mendengar sheikh menyampaikan ilmu. Tiada jenaka, hiburan dan emosi,
melainkan tumpuan penuh dari hati. Mendatar sahaja suasananya.
Masing-masing pegun. Fokus hanya kepada bicara sheikh untuk ditangkap
ilmu itu dan dimasukkan ke dalam hati masing-masing.
Ada beberapa halaqah seperti gambar di
atas dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Terpulang kepada
masing-masing mahu sertai majlis yang mana satu.
Yang hadir adalah yang benar-benar mahu mendengar dan belajar. Para hadirin disegarkan hati mereka dengan kalam-kalam sheikh yang sarat dengan nas dari al-Quran dan as-Sunnah. Cara penyampaian antara satu majlis dengan satu majlis adalah berbeza. Ada yang caranya seorang murid baca hadith satu per satu dan sheikh menghuraikannya. Ada yang caranya macam ceramah yang biasa kita lihat di negara kita, yakni sheikh terus menyampaikan nasihatnya.
Ada juga yang caranya sheikh membaca hadith-hadith dan yang hadir hanya dengar, yakni seperti majlis sama` hadith. Yang paling menarik ialah di hujung majlis-majlis tersebut, biasanya akan ada sesi soal-jawab. Soalan-soalan biasanya dibaca oleh seorang murid. Murid tersebut akan membaca kiriman-kiriman soalan yang diterimanya lalu disusuli dengan jawapan daripada sheikh. Jawapan daripada sheikh biasanya ringkas tetapi padat dan jelas.

Semoga ALLAH memberkati para penyampai dan pencinta ilmu.
- muzir.wordpress.com
(KD)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

No comments:
Post a Comment