Saturday, July 13, 2013

Suasana Majlis Ilmu Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

By Shahmuzir
DSC_0777
Masjid Nabawi, Madinah.
DSC_0844
Tadarus al-Quran di Masjid Nabawi, Madinah.
DSC_0901
Masjid al-Haram, Makkah – Sheikh Saleh Fauzan al-Fauzan
DSC_0919
Masjidil Haram, Makkah.
DSC_0938
Masjidil Haram, Makkah – Sheikh Soleh bin Muhammad al-Luhaidaan

Ma sha’ ALLAH.  TabarakALLAH.

Masing-masing senyap, tekun dan khusyuk mendengar sheikh menyampaikan ilmu.  Tiada jenaka, hiburan dan emosi, melainkan tumpuan penuh dari hati.  Mendatar sahaja suasananya.  Masing-masing pegun.  Fokus hanya kepada bicara sheikh untuk ditangkap ilmu itu dan dimasukkan ke dalam hati masing-masing.
Ada beberapa halaqah seperti gambar di atas dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.  Terpulang kepada masing-masing mahu sertai majlis yang mana satu.  

Yang hadir adalah yang benar-benar mahu mendengar dan belajar.  Para hadirin disegarkan hati mereka dengan kalam-kalam sheikh yang sarat dengan nas dari al-Quran dan as-Sunnah. Cara penyampaian antara satu majlis dengan satu majlis adalah berbeza.  Ada yang caranya seorang murid baca hadith satu per satu dan sheikh menghuraikannya.  Ada yang caranya macam ceramah yang biasa kita lihat di negara kita, yakni sheikh terus menyampaikan nasihatnya.  

Ada juga yang caranya sheikh membaca hadith-hadith dan yang hadir hanya dengar, yakni seperti majlis sama` hadith. Yang paling menarik ialah di hujung majlis-majlis tersebut, biasanya akan ada sesi soal-jawab.  Soalan-soalan biasanya dibaca oleh seorang murid.  Murid tersebut akan membaca kiriman-kiriman soalan yang diterimanya lalu disusuli dengan jawapan daripada sheikh.  Jawapan daripada sheikh biasanya ringkas tetapi padat dan jelas.

Semoga ALLAH memberkati para penyampai dan pencinta ilmu.
- muzir.wordpress.com  
(KD)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013. 

No comments:

Post a Comment