BEIJING - Meminum susu ibu secara menyusu terus atau menggunakan pam
payudara kini menjadi kegilaan terbaharu golongan kaya di negara ini,
lapor beberapa akhbar.
Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah dan tidak senang dalam kalangan pengguna laman web hari ini.
Akhbar Southern Metropolis Daily berkata, syarikat Xinxinyu di
Shenzhen menawarkan perkhidmatan itu dengan menyediakan jururawat susuan
bagi bayi, orang sakit dan orang ramai yang sanggup membayar pada kadar
tinggi untuk mendapatkan susu ibu.
“Orang dewasa (pelanggan) boleh minum terus melalui susuan biasa atau
mereka boleh memilih untuk minum dari pam payudara jika mereka rasa
malu,” kata pemilik syarikat Lin Jun.
Seorang pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16,000 yuan
(RM8,308) sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat susuan. - AFP
No comments:
Post a Comment