MELBOURNE - Seorang rakyat Malaysia yang didakwa memaksa wanita muda berketurunan India dari negaranya menjadi hamba seks di sebuah rumah pelacuran di Sydney, Australia dikenakan hukuman penjara enam tahun.
Australian Associated Press (AAP) melaporkan Wong Chee Mei, 39, didapati bersalah pada April lalu kerana menjalankan perniagaan pelacuran dan empat pertuduhan lain iaitu mengambil pekerja yang melanggar peraturan visa dan mengeksploitasi pekerja-pekerja itu.
Ketika menjatuhi hukuman penjara maksimum enam tahun ke atas wanita itu semalam, Hakim Deborah Sweeney berkata; "Chee Mei tidak melayan wanita berkenaan seperti manusia tetapi sebagai komoditi- mesin untuk membuat duit."
Antara 2008 dan 2009, Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko, telah mengambil beberapa wanita Malaysia semuanya berketurunan India dengan menguruskan kemasukan mereka ke Australia menggunakan visa pelajar. Kesemua mereka kemudian dipaksa menjadi pelacur di sebuah rumah pelacuran Diamonds Brothel di Willoughby, Utara Sydney yang diuruskan oleh Chee Mei.
Mangsa-mangsa yang tidak tahu berbahasa Inggeris memberitahu, mereka perlu bekerja sehingga mereka selesai menjelaskan kos tambang kapal terbang, visa dan yuran kursus yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah A$5,800 atau RM18,473 seorang. (Kosmo)
No comments:
Post a Comment