Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) memakaikan
topi Barisan Nasional (BN) kepada Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman
selepas mengumumkan calon BN itu bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kuala Besut pada majlis pengumuman calon dan pelancaran
jentera pilihan raya di Dataran Kuala Besut di Besut, Selasa.
BESUT: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muka baru,
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu 24
Julai ini.
Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut
sebentar tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai. PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A.
Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru
pada 26 Jun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan
kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti
2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.(mStar Online)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
No comments:
Post a Comment