MESIR: Hari ini masuk hari kelima pintu di sempadan
Rafah ditutup oleh tentera Mesir selepas menjatuhkan Presiden Dr
Muhammad Morsi melalui rampasan kuasa minggu lalu. Akibat
penutupan itu, ratusan warga Palestin di wilayah Mesir berkumpul dan
berkampung di pintu tersebut menunggu ianya dibuka untuk ke Gaza.
Ianya
termasuk para pesakit yang memerlukan rawatan segera di Hospital Mesir.
Perkara itu disahkan Menurut pegawai kementerian kesihatan Palestin,
Dokter Asyrof kepada media.
“Setiap
hari, puluhan warga Palestin yang menderita sakit menunggu dibukanya
pintu perlintasan Rafah, agar mereka dapat segera berubat di Hospital
Mesir atau tempat lainnya," katanya.
Sementara itu, Jurucakap
Kementerian Dalam Negeri Gaza Islam Shahwan berkata, perbincangan sedang
dilakukan antara pihak Palestin dengan Mesir untuk membuka kembali
pintu Rafah. Bagaimanapun katanya, tiada perjanjian rasmi untuk
membukanya kembali dan pihak tentera Mesir memberi alasan penutupan
tersebut atas faktor keselamatan.
Tentara Mesir menutup
pintu
Rafah pada hari Jumat lalu, iaitu dua hari setelah tentera membuat
rampasan kuasa terhadap kerajaan pimpinan Presiden Morsi. Ketika
Morsi ditampuk kuasa hampir setahun sebelum ini, pintu Rafah dibuka
bebas untuk rakyat Palestin mendapatkan keperluan dan perlindungan.
Pintu sempadan ini ditutup sepanjang 32 tahun Hosni Mubarak berkuasa. (Hrkh)
Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment