MURSYIDUL Am Ikhwanul
Muslimin, Muhammad Badie berbicara di atas podium dalam sebuah
perhimpunan rakyat pro Mursi di Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah.
Badie tampil di atas podium yang didirikan oleh penyokong Muhammad
Mursi.
Berikut isi-isi pidatonya di hadapan ribuan rakyat pro Mursi:
"Orang ramai yang berada
di Rabaa El-adaweya ini mencerminkan seluruh Mesir dengan puak yang
berbeza. Allah lebih besar dari semua orang yang menjual habis darahnya
menjadi syuhada. Allah adalah saksi kami, "tegas Badie.
Berkaitan adanya surat
penangkapan terhadap dirinya serta tuduhan yang dialamatkan kepadanya
serta pemimpin Ikhwan yang lain, Badie berkata:
"Saya tidak luput dari
surat perintah penangkapan. Tuduhan kepada kami tersebut hanya
kebohongan. Kami bukan pengecut, kami adalah kaum revolusioner. Saya
bangga terhadap Presiden Mursi, yang merupakan presiden bagi semua
rakyat Mesir. Kami tidak akan meninggalkan jalanan sehingga Presiden
Mursi kembali. Kami akan membawa kembali hak-hak rakyat Mesir yang
dirugikan oleh konspirasi memalukan ini, "ujar Badie.
Mengulas mengenai
tentera Mesir yang menjadi penyebab kejatuhan Mursi, Badie menyatakan
dengan tegas bahawa dirinya dan seluruh rakyat pro Mursi akan menjadikan
kembali Mursi sebagai presiden Mesir yang sah. Dia juga mengecam
tentera yang menembak rakyat pro Mursi.
"Kami akan membawa dia
(Mursi) kembali di leher kami dan kami rela mengorbankan jiwa kami untuk
dia. Tentera Mesir, anda seharusnya melindungi kami dari musuh, bukan
mengarahkan peluru anda terhadap kami, anda lebih terhormat dari itu,
"kata pemimpin tertinggi Ikhwan tersebut.
Semasa Badie berbicara,
helikopter tentera terbang di atas orang ramai pro Mursi. Selain itu
Badie mengecam kemasukan kembali tentera ke dunia politik padahal dahulu
mereka berjanji tidak akan melakukannya lagi.
"Dewan tentera kembali
memasuki medan politik setelah pemimpin mereka meyakinkan kita bahawa
mereka tidak akan melakukannya lagi. Dewan tentera mendesak kita untuk
mengambil alih beban politik sehingga mereka dapat fokus dalam
melindungi sempadan. Rakyat Mesir, anda berada pada masa yang penting
dalam revolusi, pada ketika ini sedang ternoda oleh rampasan kuasa
tentera. "
Dalam ucapannya yang
berapi-api tersebut, Badie mengkritik dua pemimpin besar agama Mesir,
baik itu Imam besar Al-Azhar (Ahmad Al-Thayyib) maupun Paus Koptik.
Ahmad Al-Thayyib: Laporan berita dari muslimdaily.net: Imam Besar Al-Azhar: Demonstrasi Lawan Mursi Boleh Dlm Islam...
Ahmad Al-Thayyib: Laporan berita dari muslimdaily.net: Imam Besar Al-Azhar: Demonstrasi Lawan Mursi Boleh Dlm Islam...
"Saya mengatakan kepada
- Imam besar Al-Azhar (Ahmad Al-Thayyib) bahawa anda simbol Islam tetapi anda tidak lagi berhak bercakap atas nama umat Islam.
- Kepada Paus Tawadros, anda juga adalah simbol tetapi anda tidak boleh lagi berbicara atas nama Koptik," tegas Badie.
Diakhir ucapannya, Badie
menyeru kepada rakyat Mesir untuk tetap turun ke jalan raya menuntut
kembalinya Mursi sebagai presiden Mesir.
"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Mesir, mari kita turun ke jalan raya, menuntut kembalinya presiden kita."
Badie kemudian
menamatkan ucapannya dengan melaungkan: "Revolusi Kami akan terus berada
di jalan!" dan dia terus meninggalkan podium.
Diterjemahkan oleh Detik
Islam dari sumber islampos.com, selamatkan Mursi, selamatkan kepimpinan
khilafah, Ya Allah hancurkan diktator di negara2 yang memusuhi agama mu
amin...Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Presiden sementara Mesir seorang Kristian! Adli Mansour di tabal, Mursi seorang Muslim dan penghafal al-quran digulingkan..
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment