Monday, July 01, 2013

Wanita Pulang Balik Beg Berisi Berlian, Itulah Akhlak Islam.


IMEJ menunjukkan rupa bentuk berlian yang dijumpai di Hong Kong kelmarin. 

HONG KONG - Seorang wanita China yang menemui sebuah beg berisi berlian bernilai jutaan dolar telah memulangkan semula barangan berharga itu kepada pemiliknya di sini kelmarin.

Wanita berkenaan, Fu Zhuli menemui beg mengandungi berlian bernilai HK$250 juta (RM101.8 juta) di sebuah kafeteria semasa melawat pameran barang kemas di pulau ini. Pelancong dari Shenzen, China itu menjaga beg tersebut sehingga pemilik permata itu kembali untuk mendapatkan semula hak miliknya.

"Saya masuk ke sebuah kafeteria untuk berehat sambil menikmati ais krim. Saya melihat dua orang warga asing sedang berbual dan kemudian beredar dari kafeteria itu dengan tangan kosong," kata Zhuli.

"Selepas meja mereka dibersihkan, saya melihat sebuah beg hitam berada di lantai," tambahnya.

Katanya lagi, dia membuka beg tersebut dan melihat ia berisi ketulan berlian sebesar kacang soya.
Setiap butir berlian itu dianggarkan berharga antara AS$65,052 (RM205,499) hingga AS$130,104 (RM410,998).

Pemilik beg itu yang merupakan seorang lelaki warga Israel bergegas mendapatkan semula begnya yang dijaga oleh Zhuli. Pemiliknya kemudian dipercayai memberi saguhati kepada Zhuli atas kejujurannya. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Itulah akhlak Islam, yang dimiliki oleh wanita China di atas. Kerana dalam Islam ada hukum mengenai hal itu, yang disebut 'Hukum Luqatah' atau jumpa barang orang lain. Ertinya apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?


Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .

Satu: Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat  seperti  roti ,buah-buahan, kayu  maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya. Ini berdasar hadith Rasulillah SAW
لما روى جابر قال : ( رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل ) رواه أبو داود .
  • Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan, tali yang dijumpai oleh seseorang. 
Dua: Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta, tong sampah yang besar dan lain-lain  ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya, maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW  
( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه ،
  • Biarkanlah ia! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.
وقال عمر : ( من أخذ الضالة فهو ضال )
  • Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat sesunggunya ia telah bersalah .
Tiga: Jika barang yang ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :

(a) Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada:
  • Memakan dengan berhutang  kos nya apabila empunya nya ditemui.
  • Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut.
  • Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan  berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.
    ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب ) متفق عليه
    • Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itusamada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.
    (b) Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.
    (c) Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia.

    Berdasarkan hadith :
    حديث زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه ، قال : سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن لقطة الذهب والورق ؟ فقال : ( اعرف وكاءها وعفاصها ، ثم عرفها سنة ، فإن لم تعرف ، فاستنفقها ، ولتكن وديعة عندك ، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر ، فادفعها إليه ) ، وسأله عن الشاة ؟ فقال : ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب )، وسئل عن ضالة الإبل ، فقال : ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه

    Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil
    • Rekodkan spesifikasinya.
    • Hebahkan selama setahun .Ulama member panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian. Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka pada zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.
    • Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .
    • Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.
    Begitulah keadilan Islam dalam menjaga hak-hak manusia.
    والله اعلم
    وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
    (Dikutipsaring dari tulisan Ustaz Zamri Hashim Sekretariat MUIS (Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia).

    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails