Wednesday, August 28, 2013

Anak KM, Miliki Anak Dg Perempuan Lain -Dedah B/Isteri

ABDUL Taib Mahmud memimpin Ragad Waleed Alkurdi memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri pada majlis perkahwinan mereka di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Bekas Isteri Anak Ketua Menteri Sarawak Dedah Suami Ada Anak Dengan Perempuan Lain
KUALA LUMPUR: Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa bahawa bekas suaminya berlaku curang sebelum mereka bercerai dua tahun lalu. Shahnaz A. Majid, 49, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir gagal menjalankan tugas sebagai suami dan tidak memberikan nafkah batin selama 10 tahun.

"Dia tidak adil kepada saya," katanya dalam perbicaraan tuntutan penceraian bernilai RM100 juta.
Shahnaz turut memfailkan permohonan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta sebagai penyelesaian penceraian.

Dia turut menuntut 50% daripada kesemua aset yang dimiliki Mahmud termasuk kereta mewah, tumah di pelbagai lokasi, tanah di Sarawak dan saham. Ketika disoal oleh peguamnya, Akbardin Abdul Kader, Shahnaz berkata dia mengetahui hubungan antara Mahmud dan seorang wanita warga Australia selepas bekas suaminya itu membawa wanita terbabit untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya di Kuching, Sarawak sekitar tahun 2000.

"Dia ada seorang anak lelaki dengan wanita itu yang bernama Louise Hiley. Saya tidak pasti sama ada mereka telah berkahwin," kata kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid itu.

Shahnaz berkata dia kemudian mengetahui mengenainya dari majalah The Peek keluaran September 2002 bahawa Mahmud berkahwin dengan seorang wanita warga Rusia, Elena Vasilenko.

"Mahmud dan Vasilenko turut datang ke rumah saya untuk menjemput anak lelaki kami keluar bersama," katanya.

Menjawab kepada soalan lain, Shahnaz berkata Mahmud turut menderanya dari segi fizikal dan emosi.
Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 dan bercerai pada 11 Mei 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 1993. Shahnaz diwakili peguam Dr Rafir Mohd Shafir dan Akbardin manakala peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din mewakili Mahmud. (mStar)

Lihat ini...

No comments:

Post a Comment