Beliau berkata ini selaras dengan tranformasi yang ingin dilihat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat hasrat meremajakan Umno menjadi realiti.
"Saya tawarkan diri kerana ingin membawa beberapa perubahan serta pendekatan kepada sayap Wanita kerana saya tidak mahu melihat berlakunya tsunami golongan muda yang menolak Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
"Pemilihan kali ini bagi saya merupakan persaingan yang sihat bagi memastikan Umno masih relevan kepada Melayu," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan BernamaTV di saluran 502 Astro malam tadi.
Mengulas teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan semangat Umno untuk memperjuangkan masa depan rakyat, agama dan negara sudah lama hilang dan sifat setia terhadap parti bertukar kepada kepentingan individu, Azalina berkata ia bertujuan mengingatkan anggota Umno agar tidak leka.
"Teguran itu menunjukkan bahawa kita perlu menremajakan parti. Jangan samakan kita dengan pembangkang yang hanya cakap kosong, kita perlu ada pemimpin baru untuk bimbing generasi muda supaya bersama-sama Umno," katanya bekas Ketua Puteri Umno itu. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya menurut Azalina, UMNO masih belum remaja.. Jauh lagi jadi dewasa.. Bahkan dia tidak mahu melihat berlakunya tsunami golongan muda yang menolak Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Syabas Azalina!
4 comments:
,
Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???
ALLAH itu tak penting bagi PAS ke?metallica Mesir tu lebih penting ke PAS atau hamPAS ?NAUZUBILLAH! Macamana Allah SWT nak tolong PAS ......NAMA ALLAH pun PAS taksanggup PERTAHANKAN? Malah setuju lagi diganti ye ke?takot benor dengan DAP dan PKR yeee?tapi tak takot ALLAH SWT?
Tanyalah PAS..
kecian ko ni ahlee pemikiran masih tahun 90-an..wake up ahlee wake up
Sape yg benarkan nama allah digunakan dlm bible versi melayu nehhh.pas ke dap ke keadilan ke paeti cinta malaysia ke berjasa ke hamim ke.bkn ke bee end yg benarkan.dok sebok2 dgn pas wat per.hang berak tgh jln tuduh org.puiihhh.bodo ke apa.pas bkn ada kuasa pon.yg konteol polis mahkamah sapee.salah kan org lain pulak.bengong la ekau nehh.bnqyk sgt tgok tv 3 suku yg suka tayang betina londeh sana sini n konsert gegar satu tubuh lah nie kot.patut la berjerubu otaknya.kah kah kah
Post a Comment