Tuesday, August 20, 2013

Cemas, Kisah 30 Jam Dikepung T/Mesir -Wartawan Agensi Anadolu












Heba Zakariya, wartawan Agensi Anadolu



MESIR: Seorang wartawan perempuan Agensi Anadolu, yang turut terkepung di Masjid Fath, Ramsis, Sabtu lalu, berkongsi detik cemas yang dihadapi beliau dan ratusan penyokong legitimasi yang berlindung di masjid tersebut.

Menyifatkan kejadian itu sebagai "detik paling sukar" dalam hidupnya, Heba Zakariya (gambar) mendakwa ianya bermula dengan satu kunjungan biasa beliau ke Medan Ramsis untuk membuat liputan himpunan penyokong Morsi di situ.

Secara tiba-tiba katanya, suasana seperti pertempuran meletus apabila pihak tentera melepaskan tembakan peluru hidup yang memaksa para penyokong Morsi dan mereka yang cedera mencari perlindungan di Masjid Fath di medan itu. Sebuah hospital sementara juga telah dibuka bagi merawat mereka yang terdera dan bagi menempatkan jenazah mereka yang terkorban.

"Saya menuju ke Masjid Fath untuk meninjau keadaan. Terdapat banyak mayat dan mangsa yang cedera di dalam masjid," katanya menceritakan.
"Saya masih ingat seorang kanak-kanak 11 tahun yang ususnya telah terkeluar selepas ditembak dengan peluru sniper," katanya sambil menangis.
"Tidak lama selepas itu, kenderaan tentera, pasukan polis dan helikopter mengepung tempat itu dan cuba untuk mengheret penunjuk perasaan ke luar masjid dengan kekerasan. Pada masa ini, kami berpendapat pembunuhan beramai-ramai mungkin berlaku," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, ramai yang mengambil sikap enggan keluar dari masjid kerana bimbang diserang oleh samseng upahan, dan pihak polis.

Polis menyerbu masuk ke masjid, memaksa penyokong Morsi agar keluar dari masjid

Selepas itu katanya, pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di seluruh kawasan, dan mengepung masjid semalaman.

Pagi keesokannya, pasukan keselamatan bertindak untuk "membersihkan" masjid dari penyokong Morsi yang berada di dalamnya. Penyokong Morsi dipaksa untuk keluar dari masjid.

"Tentera dan polis mula mengiringi penunjuk perasaan (keluar dari masjid), termasuk 33 wanita , di luar masjid di tengah-tengah penghinaan samseng yang berdiri di luar," katanya.
"Penunjuk perasaan bergegas ke dalam kenderaan pengangkutan banduan di luar masjid, mereka khuatir diserang oleh samseng," katanya.
"Saya ditumbuk di muka, tangan dan kaki sebelum ketika berjalan menuju ke kenderaan."
"Saya merasakan mereka "raksasa yang mahu mengganas" dan ianya memalukan kerana kita mempertahankan kebebasan dan ingin menyampaikan kebenaran," kata beliau.

Beliau kemudian dibawa ke Penjara Tora di selatan Kaherah, bersama-sama dengan penyokong Morsi yang lain yang diambil dari masjid. Di dalam penjara, Heba Zakaria telah melalui satu lagi pusingan penderitaan.

"Orang-orang yang ditahan didera secara fizikal, manakala wanita telah dilayan dengan kasar oleh tentera yang membuat ancaman terhadap mereka jika mereka tidak menurut perintah," ujarnya.
"Pada 02:30, kami diberitahu bahawa wanita akan dibebaskan. Sejurus kemudian, kenderaan pengangkutan banduan tiba dan membawa kami ke Masjid Al-Azhar di mana kami dikumpulkan sehingga saudara-mara kami datang untuk membawa kami ke rumah."
"Itulah 30 jam yang paling sukar dalam kerjaya saya," katanya membuat kesimpulan.
 
Polis menangkap penyokong Morsi yang berlindung dalam Masjid Fath

Dalam pada itu sumber Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) menyebut, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid pada waktu Subuh, Ahad lalu, bagi memaksa penyokong Morsi keluar. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

No comments:

Post a Comment