GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa rakan-rakan
gabungan, PKR dan PAS supaya mengisytiharkan aset wakil-wakil yang telah
dipilih rakyat. Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
harus mengarahkan wakil-wakil rakyat mereka mengisytiharkan aset
masing-masing.
Dalam sidang akhbar di sebuah kedai kopi di Air Itam di sini, beliau berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk mengisytiharkan aset dan menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menetapkan tarikh bagi ahli-ahli Parlimen di Pulau Pinang berbuat demikian.
Karpal juga mencabar Barisan Nasional mengarahkan semua wakil rakyat termasuk menteri mengisytiharkan harta mereka.(mStar)

No comments:
Post a Comment