Tuesday, August 20, 2013

Gambar Gandengan Tentera Mesir-Israel & Seruan Qardhawi..

 
TIDAK terkejut terhadap status tentera Mesir terhadap keganasan yang berlaku kerana gambar ini. Sedia maklum, arahan untuk menyerang penyokong Morsi adalah dengan persetujuan sepakat oleh General Israel dengan As-Sisi. 

Inilah bukti bergambar tentera Mesir dan Israel mempunyai hubungan erat antara kedua-dua pihak sebelum tercetusnya pemberontakan mengguling Presiden Dr.Muhammmad Morsi yang berlaku sejak awal bulan Julai lalu, di samping banyak lagi bukti-bukti lain. (via: Pahang Daily)
DR YUSUF AL-QARADHAWI 
Sementara itu, Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka dan kita. Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir.

Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di medan Rab'ah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas rakyat Mesir. Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan mereka. Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.

Di akhr seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.

  • "Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)  

No comments:

Post a Comment