Thursday, August 22, 2013

Hancur Hidup Lindsay Lohan, Kerana Arak & Dadah.. Mengapa?

 
Lindsay Lohan


HALAMAN HIBURAN 

BINTANG filem yang sering menimbulkan masalah iaitu Lindsay Lohan mengaku mempunyai tabiat buruk iaitu ketagihan dadah dan arak. Lindsay, 27, berkata, perbuatan itu menyebabkan kehidupannya menjadi kucar-kacir sehingga terpaksa disumbat ke dalam penjara selain mempunyai beban hutang yang banyak.

“Saya mengaku mengambil dadah jenis kokain dan ketagih arak. Saya juga dibesarkan dalam keluarga yang berantakan,” katanya seperti disiarkan portal mail online yang memetik wawancaranya bersama Oprah Winfrey pada Ahad.

Katanya, walaupun tidak bahagia seperti keluarga lain tetapi dia tidak menyalahkan ibu-bapanya iaitu Dina dan Micheal apabila dibesarkan dalam sebuah keluarga yang huru-hara.

Lindsay (kiri) dalam satu wawancara dalam Oprah Winfrey.

Malah tabiatnya yang suka meminum arak selama ini kerana mempunyai persepsi iaitu kehidupannya ‘tidak akan rasa gembira pada esok hari’ menyebabkan hal itu suka dibendung.

“Saya sentiasa berasa hari esok tidak akan menggembirakan saya. Sebab itulah saya terus dengan sikap meminum arak dengan banyak selain ia seperti masa untuk saya berparti,” katanya.

Dalam pada itu dia turut menafikan mengambil pil bagi mengruangkan berat badan sebaliknya mengamalkan pengambilan vitamin. Menerusi wawancara itu Lindsay turut berkata, dia juga penah mengamalkan tabiat mengambil pil tidur tetapi perbuatan itu sebenarnya amat menakutkan kerana tidak pernah terfikir kesan yang bakal diterima.

Wanita ini turut memberitahu, ketika di zaman kemewahan, dia mempunyai wang yang banyak sehingga mampu mempunyai apartmen sendiri selain kerap menginap di hotel tetapi sayang sekali dia seorang yang degil dan tidak mendengar nasihat keluarga.

Malah dia turut berasa kesal kerana tidak berterima kasih dengan dirinya sendiri selain menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun dia harus memuji dirinya kerana semasa dalam pengaruh dadah, dia tidak mencederakan diri ataupun melakukan khianat kepada orang lain. (mStar)

Ini, anak pemimpin negara uamat Islam Malaysia.. Lihat.. 
Wah Seksinya, Keluaga Pemimpin Islam, Di M'sia..
Harap-harap yang mereka minum itu bukan arak.. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dadah dan arak amat merbahaya. Dalam kitab-kitab disebut juga 'khamar'. Jom lihat-lihat sikit.

KHAMAR adalah bahan mengandung alkohol yang memabukkan. Untuk lebih jelas, kami akan sebutkan beberapa bahaya khamar terhadap peribadi seseorang, samada akal, tubuh, agama dan dunianya. Akan kami jelaskan juga betapa bahayanya terhadap rumahtangga ditinjau dari segi pemeliharaan mahupun pengurusan terhadap isteri dan anak-anak. Dan akan kami bentangkan juga betapa mengancamnya arak terhadap masyarakat dan bangsa dalam existensinya, baik yang berupa moral mahupun etika.

Memang benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penyelidik, bahawa tidak ada bahaya yang lebih parah yang diderita manusia, selain bahaya arak. Kalau diadakan penyelidikan secara teliti di hospital, bahawa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak.  Kebanyakan orang bunuh diri atau membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya kerana diliputi suasana gelisah, bawa dirinya ke lembah muflis dan habiskan hak miliknya, adalah disebabkan arak.

Begitu, kalau diadakan suatu kaji selidik niscaya akan mencapai batas klimaks sangat mengerikan yang kita jumpai, di mana  nasihat-nasihat, sudah sangat kecil sekali ertinya. Orang-orang Arab dalam masa kejahilannya selalu disilaukan untuk minum khamar dan menjadi pencandu arak. Ini dapat dibuktikan dalam bahasa mereka yang tidak kurang dari 100 hama dibuatnya untuk mensifati khamar itu. Dalam syair-syairnya mereka puji khamar itu, termasuk sloki-slokinya, pertemuan-pertemuan dan sebagainya.

Setelah Islam datang, dibuatnyalah rencana pendidikan yang sangat bijaksana sekali, iaitu dengan bertahap khamar itu dilarang. Pertama kali yang dilakukan, iaitu dengan melarang mereka untuk mengerjakan sembahyang dalam keadaan mabuk, kemudian meningkatkan dengan diterangkan bahayanya sekalipun manfaatnya juga ada. Dan terakhir baru Allah turunkan ayat secara menyeluruh dan tegas, iaitu sebagaimana firmanNya:
  • "Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?" (al-Maidah: 90-91)
Dalam kedua ayat tersebut Allah mempertegas diharamkannya arak dan judi, diiringi pula dengan menyebut berhala dan undian dengan dinilainya sebagai perbuatan najis (kotor). Kata-kata His (kotor, najis) ini tidak pernah dipakai dalam al-Quran, kecuali terhadap hal yang memang sangat kotor dan jelek. Khamar dan judi adalah berasal dari perbuatan syaitan, sedang syaitan hanya gemar berbuat yang tidak baik dan mungkar.

Justru itulah al-Quran menyerukan kepada umat Islam untuk menjauhi kedua perbuatan itu sebagai jalan untuk menuju kepada kebahagiaan. Selanjutnya al-Quran menjelaskan juga tentang bahaya arak dan judi dalam masyarakat, yang di antaranya dapat mematahkan orang untuk mengerjakan sembahyang dan menimbulkan permusuhan dan kebencian. Sedang bahayanya dalam jiwa, iaitu dapat menghalang untuk menunaikan kewajiban-kewajiban agama, diantaranya ialah zikrullah dan sembahyang.

Terakhir al-Quran menyeru supaya kita berhenti dari minum arak dan bermain judi. Seruannya diungkapkan dengan kata-kata yang tajam sekali, iaitu dengan kata-kata: fahal antum muntahun? (apakah kamu tidak mahu berhenti?).

Jawab seorang mu'min terhadap seruan ini: "Ya, kami telah berhenti, ya Allah!"

Orang-orang mu'min membuat suatu keanehan sesudah turunnya ayat tersebut. Iaitu ada seorang lelaki yang sedang membawa sloki penuh arak, sebahagiannya telah diminum, tinggal sebahagian lagi yang sisa. Setelah ayat tersebut sampai kepadanya, gelas tersebut dilepaskan dan araknya dituang ke tanah.

Banyak sekali negara-negara yang mengakui bahaya arak ini, baik terhadap peribadi, rumah tangga ataupun tanah air. Sementara ada yang berusaha untuk memberantasnya dengan menggunakan kekuatan undang-undang dan kekuasaan, seperti Amerika, tetapi akhirnya mereka gagal. Tidak dapat seperti yang pernah dicapai oleh Islam di dalam memberantas dan menghilangkan arak ini.

Dari kalangan ketua-ketua gereja bertentangan dalam menilai bagaimana pandangan Kristian terhadap masalah arak, justru kerana di Injil ditegaskan:
  • "Bahwa arak yang sedikit itu baik buat perut."
Kalau kata itu betul, niscaya yang sedikit itu perlu dihentikan. Sebab minum arak sedikit, dapat membawa kepada banyak. Gelas pertama akan disambut dengan gelas kedua dan begitulah seterusnya sehingga akhirnya menjadi terbiasa.

Setiap Yang Memabukkan Bererti Arak

Pertama kali yang dicanangkan Nabi Muhammad SAW tentang masalah arak, iaitu beliau tidak memandangnya dari segi bahan yang dipakai untuk membuat arak itu. Tetapi beliau memandang dari segi pengaruh yang ditimbulkan, iaitu memabukkan. Oleh kerana itu bahan apapun yang nyata memabukkan bererti itu arak, walau apapun nama atau jenama dan bahan apapun yang digunapakai. Oleh sebab itu Beer dan sebangsanya tetap 'haram' hukumnya.
.
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang minuman dibuat dari madu, atau dari gandum dan sya'ir yang diperah peras sehingga menjadi keras. Nabi Muhammad, sesuai dengan sifatnya yang berkata-kata pendek tetapi padat, menjawab:
  • "Semua yang memabukkan bererti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim) 
  • Dan Umar pun mengumumkan pula dari atas mimbar Nabi, "Bahwa yang dinamakan arak ialah apa-apa yang dapat menutupi fikiran." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Minum Sedikit

Islam tetap bersikap tegas terhadap masalah arak. Tidak lagi dipandang kadar minumannya, sedikit atau banyak. Kiranya arak telah cukup dapat menggelincirkan kaki manusia. Oleh itu sedikitpun tidak boleh disentuh. Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:
  • "Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi) 
  • "Minuman apapun kalau sebanyak furq itu memabukkan, maka sepenuh tapak tangan adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

Berniaga Arak

Rasulullah tidak menganggap sudah cukup dengan mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan membisnes pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang di luar Islam. Oleh kerana itu tidak halal orang Islam mengimport arak, atau memproduser arak, atau membuka warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak. Dalam hal ini Rasulullah SAW melaknatnya,  seperti dalam riwayat di bawah ini:
"Rasulullah SAW. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
  • (1) yang memerahnya, 
  • (2) yang minta diperah, 
  • (3) yang meminum, 
  • (4) yang membawa, 
  • (5) yang minta dihantar, 
  • (6) yang menuangkan, 
  • (7) yang menjual, 
  • (8) yang makan harganya, 
  • (9) yang membelinya, 
  • (10) yang minta dibelikan." 
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Setelah ayat al-Quran surah al-Maidah (90-91) itu turun, Rasulullah SAW. bersabda:
  • "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)
Rawi hadis tersebut menjelaskan, bahawa para sahabat kemudian mencegah orang-orang yang masih menyimpan arak di jalan-jalan Madinah lantas dituangnya ke tanah. Sebagai cara untuk membendung jalan yang akan membawa kepada perbuatan yang haram (saddud dzara'ik), maka seorang Muslim dilarang menjual anggur kepada orang yang sudah diketahui, bahawa anggur itu akan dibuat arak.

Kerana dalam salah satu hadis dikatakan:
  • "Barangsiapa menahan anggurnya pada musim-musim memetiknya, kemudian dijual kepada seorang Yahudi atau Nasrani atau kepada tukang membuat arak, maka sungguh jelas dia akan masuk neraka." (Riwayat Thabarani)
Tidak Boleh Hadiah Arak

Kalau menjual dan memakan harga arak itu diharamkan bagi seorang Muslim, maka menghadiahkan walaupun tanpa ganti, kepada seorang Yahudi, Nasrani atau yang lain, tetap haram juga. Seorang Muslim tidak boleh menghadiah atau menerima hadiah arak. Sebab seorang Muslim adalah baik, dia tidak boleh menerima kecuali yang baik pula.

Diriwayatkan, ada seorang lelaki yang memberi hadiah satu guci arak kepada Nabi SAW, kemudian Nabi memberitahu bahawa arak telah diharamkan Allah. Orang lelaki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminum, mengharamkan juga menjual.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan saja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang patut saya buat?
Nabi: Tuang saja di selokan air.



 (Al-Humaidi dalam musnadnya)
 
(IH/Disaring dari 'Halal dan Haram dalam Islam' Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)

No comments:

Post a Comment