Friday, August 23, 2013

Himpunan Besar Lepas Solat Jumaat Seluruh Mesir...

Keadaan masjid Rabaah selepas diserang pihak tentera Mesir dalam operasi "pembersihan" minggu lalu

KAHERAH: Para penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi dijangkakan bergerak di masjid-masjid dan mengadakan himpunan besar-besaran selepas solat Jumaat di seluruh Mesir pada hari ini. Himpunan yang dinamakan sebagai ‘himpunan memperingati syuhada’ dijangka akan menghimpunkan ratusan ribu penyokong ‘anti-rampasan kuasa tentera’ di seluruh Mesir.

Mereka bukan sahaja terdiri dari penyokong Ikhwan Muslimin, tetapi juga dari kalangan golongan intelek, anak-anak muda dan NGO yang menentang keganasan polis dan rampasan kuasa tentera. Kemarahan kebanyakan rakyat terhadap kezaliman rejim tentera kini kian memuncak apabila ribuan rakyat awam yang berhimpun secara aman terutamanya di Dataran Rabaa dan Dataran Nahdhah telah dibunuh dengan kejam.

Ini ditambah lagi dengan keputusan mahkamah tertinggi Mesir membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak dari penjara dan kini dipindah kepada ‘tahanan rumah’. Himpunan aman pada hari ini dijangka akan sekali lagi berhadapan dengan keganasan polis dan tentera.  Sebelum ini, selain dari mereka yang ditembak mati, ribuan rakyat awam diseluruh Mesir juga telah tangkap.

Keganasan polis boleh di saksikan dengan menggunakan ‘penembak tepat’ yang menggunakan peluru hidup terhadap rakyat awam yang berhimpun secara aman.  Tembakan gas pemedih mata juga turut dihalakan ke ruang solat di dalam masjid-masjid tempat berhimpun. Sebelum ini, walaupun perintah berkurung dari jam 7 malam hingga 6 pagi berjalan di lapan daerah, hampir setiap malam rakyat telah keluar ke jalan-jalan raya bagi membantah rampasan kuasa tentera dan keganasan polis dan tentera terhadap rakyat awam.

Himpunan setiap malam bukan sahaja telah diadakan di Kota Kaherah tetapi juga di Alexandria, Giza, Suez, Arish, Sinai dan Fayum. Kini lambang tangan ‘4 Rabaa’ menjadi simbol anak-anak muda dan rakyat awam menyatakan bantahan mereka terhadap pembunuhan kejam di Dataran Rabaa dan seluruh Mesir.  Himpunan pada hari ini dilihat menjadi penentu kepada masa depan Ikhwan Muslimin dan hala tuju Mesir di bawah junta tentera yang merampas kuasa.

Dua Masjid

Sementara itu, lepas terbakar dan rosak teruk diserang pihak tentera yang menggempur penyokong legitimasi, dua masjid antara yang terbesar di Kaherah tidak lagi boleh berfungsi. Masjid Raba'ah, hampir keseluruhannya bahagiannya terbakar dalam serangan berdarah oleh tentera 14 Ogos lalu yang menyaksikan ribuan penyokong Morsi terbunuh.

Masjid Fath (gambar) di Ramsis juga mengalami nasib sama apabila digempur pihak tentera dan samseng upahan sehingga masjid itu rosak keseluruhannya.

Kedua-dua masjid ini merupakan tempat perlindungan penyokong legitimasi yang telah diserang dengan peluru hidup beberapa minggu lalu.

Semalam, Kementerian Wakaf Mesir mengumumkan tiada solat jumaat di kedua-dua masjid berkenaan minggu ini.

Kementerian itu berkata, pihak mereka telah meminta syarikat pembinaan untuk membaiki kedua-dua masjid terebut  secepat mungkin.

Al-Sisi
Mengenai Al-Sisi, selepas peritiwa berdarah di Rabaa al-Adawiyah pada 14 Ogos 2013, Al-Sisi jarang dilihat oleh media. Kemudian keluar cerita dia sudah modar oleh The Egyptian Gazette.
Sehingga kini media utama antarabangsa senyap sunyi tentang Al-Sisi. Apa sebenarnya terjadi kepada general jahat ini? 
Sebuah portal berita  Middle East Monitor bertarikh 21 Ogos, 2013, menyebut Al-Sisi kelihatan memakai baju suit rasmi (lihat berita dan gambar):


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails