Friday, August 16, 2013

Ikhwanul Muslimin Serang Balas? Bohong! Agensi Kelirukan Berita..


KAHERAH - Keganasan baharu tercetus di Mesir kelmarin apabila penyokong Ikhwanul Muslimin melancarkan serangan balas, sehari selepas tindakan ganas pihak tentera mengosongkan lokasi perhimpunan di dataran masjid Rabaa Al-Adawiya dan beberapa lokasi lain yang meragut sekurang-kurangnya 525 nyawa dan mengundang kritikan antarabangsa.

Mereka yang begitu marah dilaporkan menyerang pondok kawalan di Sinai dan bandar Assiut, menyebabkan dua anggota polis maut. Penunjuk perasaan turut membakar sebuah pejabat kerajaan di Giza. Di Iskandariah, beratus-ratus penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi menutup jalan sambil berarak.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad menegaskan, kemarahan kumpulan yang mempunyai jutaan ahli itu sudah di luar kawalan. "Selepas serangan, tangkapan dan pembunuhan yang kami hadapi, emosi sudah tidak dapat dikawal lagi," katanya.

Ikhwanul Muslimin menggesa pengikutnya supaya berarak bermula dari masjid Al-Iman di Kaherah. Majlis pengebumian mangsa yang terbunuh juga dilihat mampu mencetuskan keganasan baharu untuk beberapa hari akan datang. Dalam kejadian kelmarin, para penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis dan tentera yang menggunakan jentolak, gas pemedih mata serta peluru hidup untuk mengosongkan lokasi perhimpunan penunjuk perasaan di sini.

Pertempuran kemudian pantas merebak ke Iskandariah dan bandar-bandar lain di seluruh Mesir.
El-Haddad berikrar bahawa demonstrasi akan diteruskan.

"Kami akan meneruskan perjuangan sehingga rampasan kuasa tentera ini dapat ditumbangkan," katanya lagi.
Protes bermula apabila para penunjuk perasaan menuntut kuasa Morsi dikembalikan selepas beliau digulingkan pada 3 Julai lalu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ihwan Muslimin tidak menyerang balas dengan kekerasan ke atas tentera Mesir. Serang apa dengan tangan kosong!

Buktinya..
  • Semata-mata gambar di atas tidak boleh jadi bukti bahawa kumpulan Ikhwan yang mengganas. Jelas yang mengganas ialah tentera kerana mereka memiliki senjata dan kelengkapan.
  • Pemimpin Ikhwan tetap memilih perjuangan melalui demokrasi bersih tidak ganas. Bahkan tidak memiliki senjata dan menolak tawaran bantuan dari Al-Qaeda. Lihat.. Ikhwan Tolak Tawaran Al-Qaidah Tinggalkan Demokras...
  • Banyak bukti-bukti menunjukkan tentera yang mengganas, membunuh, menembak dengan peluru hidup, membakar khemah semasa rakyat sedang tidur termasuk kanan-kanak, menembak orang sedang solat dan berdemontrasi, hingga ribuan terbunuh.
  • Memang banyak berita dari agensi barat sentiasa mengelirukan mengenai perjuangan Islam.
  • Dan banyak lagi buktinya.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails