Thursday, August 01, 2013

Ini, 2 Jenis Bogel, Lelaki Tua Ditangkap, Wanita Muda Dibelai..

Warga emas dicekup keadaan bogel  
Pelanggan yang dicekup berbogel kelam kabut mengenakan pakaian semula.

SUBANG JAYA – Tidak padan dengan usia mereka yang sudah layak bergelar datuk, tiga lelaki lingkungan umur 50 hingga 60 tahun leka mendapatkan khidmat urutan batin di sebuah rumah urut di SS15, dekat sini. Aktiviti tidak bermoral terbabit bagaimanapun terbantut apabila Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Ketika diserbu, pengunjung tua berkenaan sedang leka diurut dalam keadaan berbogel oleh tukang urut warga China berusia lingkungan 30-an. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan pihaknya kemudian melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke rumah urut berkenaan.

Menurutnya, premis didapati mempunyai lesen sah daripada pihak majlis bagi menjalankan perniagaan bekam namun pengusaha melanggar syarat-syarat ditetapkan. Katanya, pengusaha premis menawarkan khidmat seks dan urutan batin kepada pelanggan.

“Sebaik diserbu, anggota mendapati beberapa pelanggan sedang berbogel dan kesemua mereka berlari untuk memakai pakaian semula,” katanya.

Beliau berkata, majlis merampas peralatan urut dan menutup premis di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.

Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, seorang pelanggan pusat urut berkenaan didapati cuba menimbulkan kekecohan dengan bertindak memarahi pegawai MPSJ yang mengambil tindakan. Kekecohan itu kemudian beransur reda apabila anggota penguat kuasa dan penjaga premis cuba menenangkan pelanggan berkenaan. Operasi berkenaan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 16 anggota. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa beda antara dua jenis bogel ini?  

Satu, kumpulan lelaki-lelaki tua ini ditangkap seperti berita di atas.
Warga emas dicekup keadaan bogel

Dua, sedangkankan gambar di bawah ini, pemboegelnya tidak diapa-apakan, bahkan disanjung dan dibela pula..

Jelas dan terang Alvivi tulis dalam caption yang mengiringi gambar tersebut  "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦!Lagipun Alvin Tan, pasangan kepada Vivian dalam video lucah yang disiar mereka, sekitar Oktober 2012 lalu secara terbuka mengakui presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sebagai idolanya.

















Lihat sebelum ini... 
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

No comments:

Post a Comment