Tuesday, August 13, 2013

Ini, Aktiviti Agama Lain Dalam Surau... Termasuk Bacaan Mentera

RAKAMAN video yang memaparkan surau dijadikan tempat penganut agama lain menjalankan kegiatan keagamaan mereka.
Tak patut berlaku!
Kota Tinggi: Rakaman video dimuatkan dalam laman web sosial Facebook (FB) yang memaparkan aksi sekumpulan penganut agama lain menjalankan aktiviti keagamaan di dalam surau di sebuah resort di Sedili, di sini, kelmarin, disifatkan sebagai menghina agama Islam.
Lebih mengejutkan, mereka menjadikan surau itu seolah-olah sebuah tokong apabila membaca mantera dan membawa masuk patung berhala serta gambar yang diletak di tempat imam bersolat, manakala sami dan pengikutnya duduk di atas karpet kecil yang dijadikan alas dan menghadap patung berhala itu.

Seramai 14 individu termasuk seorang sami Buddha dilihat giat bersembahyang dan membaca mantera tanpa menyedari ia boleh menjejaskan sensitiviti umat Islam. Malah, video berdurasi selama seminit 25 saat itu turut memaparkan bangunan surau dari depan selain ayat syahadah yang digantung di dalam surau berkenaan.

Turut kedengaran, bunyi radio yang dipasang dengan bacaan mantera dan ia diulangi semua peserta itu.(myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita tunggu siasatan pihak berwajib.

2 comments:

sohoque said...

sungguh tak patut

Anonymous said...

PAS for all....!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails