SHAH ALAM - Cadangan untuk memperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) tidak akan menyelesaikan krisis
jenayah pembunuhan bersenjata api sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi, undang-undang tersebut bersifat zalim dan boleh
disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu, ujar Ketua Penerangan
Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu, beliau mendesak Polis diRaja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci tentang kebocoran senjata api yang berlaku sehingga menyebabkan kes tembakan semakin meningkat tanpa kawalan.
"Pas lebih cenderung mempercayai para penjenayah bersenjata api ini mendapat bekalan senjata secara sindiket haram akibat kelolosan pemeriksaan di pintu-pintu masuk ke negara.
"Pas menggesa semua pihak berkuasa bekerjasama dan mencari jalan yang lebih efisyen untuk mencegah penyeludupan senjata api ke dalam negara," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas lanjut reaksi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal semalam yang menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula ISA yang telah dimansuhkan atas alasan peningkatan kadar jenayah berat. Begitu juga dengan cadangan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor yang menyarankan supaya kerajaan mengembalikan undang-undang tahanan seperti EO.
Tuan Ibrahim mengingatkan mengembalikan dua undang-undang tersebut akan mengundang penyalahgunaan kuasa apabila ia pernah digunakan dalam Operasi Lalang pada 1987 di mana ISA digunakan ke atas pemimpin pembangkang sewenang-wenangnya. Tegasnya Akta Senjata 1960 sudah memadai untuk mengenakan tindakan terhadap mereka yang memiliki senjata api secara haram dan menggunakannya untuk tujuan jenayah.
"Di bawah akta ini, jika disabit kesalahan boleh dihukum mati dan penjara seumur hidup," tegasnya. (SH)

No comments:
Post a Comment