Sunday, August 18, 2013

Jenayah, Samun, Rogol, Apa Patut Buat?



Kota Tinggi: “Saya terkejut apabila dua lelaki bertopi besbol merah, bersarung muka dan bersenjatakan parang tiba-tiba meluru ke dalam rumah sewa kami (rumah kedai) dari pintu belakang.

“Bimbang nyawa kami terancam, kami mengikut arahan mereka dan pada mulanya lega apabila semuanya dibebaskan, namun tidak menyangka seorang daripada kami bernasib malang apabila dilarikan dan dirogol,” kata mangsa samun di Jalan Kijang, Taman Kota Batu 2, di sini, Myat Soe Thu, 25, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, seorang pekerja wanita sebuah kilang elektronik warga Vietnam berusia 20-an dipercayai diculik dan dirogol sekumpulan tiga lelaki selepas memecah masuk dan menyamun sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama.

Ketika itu, mangsa bersama 14 rakannya dikejutkan apabila dua suspek bersenjatakan parang meluru masuk selepas memecahkan pintu belakang rumah kedai diduduki mereka. Myat berkata, dua suspek meluru masuk ke dalam rumah sewa sambil mengacukan parang manakala seorang lagi suspek yang berbadan besar menunggu di luar.

“Kami disuruh berkumpul di tengah rumah sambil suspek meminta kami menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit ke dalam baldi.
“Selepas mengambil barangan kami, kami disuruh keluar melalui melalui pintu depan tetapi sebaik suspek beredar, kami mendapati seorang rakan kami hilang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Myat berkata, rakannya dipercayai dibawa menaiki kereta Proton Gen2 berwarna kelabu sebelum dirogol. Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan atas bukit di Jalan Air Terjun, 200 meter dari asrama yang diduduki jam 12.15 tengah malam.

Sementara itu, penolong pengurus operasi syarikat berkenaan Loo Soon Fah berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerja mengenai kejadian pecah rumah teres yang dijadikan asrama membabitkan pekerja lelaki warga Nepal di Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya, di sini, jam 10.10 malam semalam.

Katanya, beliau menghubungi penyelia, Ahmad Pauzi Ikhsan yang tinggal di kawasan berhampiran untuk pergi membantu mangsa membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, pada jam 10.45 malam saya sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan berlaku kejadian sama membabitkan sebuah rumah kedai setingkat yang dijadikan asrama pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam di Taman Kota Batu 2, di sini.
“Walaupun tiada kecederaan, kami kesal apabila seorang mangsa diculik dan dipercayai dirogol suspek,” katanya yang tiba dari Taman Daya, Johor Bahru.

Ahmad Pauzi berkata, selepas membuat laporan polis berkata, jarak antara lokasi kejadian pertama dan lokasi kedua adalah 2.5 kilometer. Katanya, berdasarkan keterangan mangsa pertama (Taman Kota Jaya), pihaknya percaya jenayah dilakukan kumpulan sama.

“Kejadian pertama membabitkan 12 pekerja lelaki warga Nepal. Antara barangan disamun, termasuk lima telefon bimbit; wang tunai RM400 dan satu pemain cakera padat video (DVD).
“Kejadian kedua pula membabitkan 15 pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam dan antara barangan disamun termasuklah tiga kad ATM; lima telefon bimbit dan wang tunai RM400,” katanya.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek secepat mungkin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.(myMetro)

Komen weblog Ibnu Hasyim:  Nampaknya Malaysia sudah tidak aman lagi dengan kes-kes jenayah. Dikatakan mengenang seratus hari pentadbiran Barisan Nasional (BN) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, menyaksikan peningkatan kadar jenayah yang amat membimbangkan terutamanya melibatkan senjata api. 

Perlu dikaji balik perlaksanaan  sistem perundangan Islam di negara ini, sebelum terlambat jauh, bagi menggantikan sistem perundangan ciptaan manusia barat yang ternyata gagal itu. Orang Islam tentu yakin bahawa undang-undang ciptaan Allah SWT lebih baik dari undang-undang ciptaan manusia kerdil Lord Ried itu.

Lihat kenyataan ini.. ( http://setanaknasibicaradunia.blogspot.com/2011/09/bsk-233-undang-undang-allah-swt-atau.html)

BSK 233. Undang-undang Allah SWT atau Lord Reid


Bismillah.
Assalamualaikum.

Mari kita hayati dengan penuh keinsafan kata-kata pemimpin utama negara kita berkaitan dengan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Najib Razak"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.


Laporan penuh: PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia.

Terasa semacam ada perasaan sombong bila kita, makhluk Allah Taala mengakui pada hakikatnya kita menerima hukum hudud adalah undang-undang Tuhan tetapi perlaksanaannya dikatakan perlu berpaksikan realti.

Masyarakat majmuk?

Terasa seperti ada perasaan bangga bila kita mengakui undang-undang sedia ada, yang datang dari pemikiran Lord Reid. seorang manusia ciptaan Allah Taala, juga seorang bukan Islam berupaya mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda kita.

Agama Islam? Nyawa umat Islam? Akhlak umat Islam? Harta benda umat Islam?

Kita mengangkat dan memertabatkan undang-undang Lord Reid, seorang manusia bukan Islam lebih tinggi dari undang-undang Allah SWT.

Adakah jauh didalam hati, kita terasa Allah Taala bersifat lemah?

Adakah jauh didalam hati, kita terasa Allah Taala tidak mampu mentadbir hal ehwal dunia dan seluruh isinya?


Cuba kita hayati ayat dibawah ini.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[Surah Al-Fatihah: ayat 1-7]

Fikir-fikirkan…..


So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, kerana itu masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi tentang keesaanMu. Kami meridhai Allah sebagai Tuhan, kami meridhai Islam sebagai Agama, dan kami meridhai Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Amin.

Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

Jika ada mana mana peruntukan undang undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan maka ianya dikira baataaaaaal.(Tak boleh diamalkan)

Sejak kalimah ini didatangkan dari England hingga ke hari ini, rata rata orang Melayu telah menerima Nabi baru seperti diterangkan dalam kalam tuhan:-
“Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu putera Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu putera Allah.” Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka itu, bagaimana mereka sampai berpaling?” (At-Taubah: 30)

Berkata setengah manusia bahawa orang Syi'ah sesat
Berkata setengah yang lain orang Ahmadiah Qadiani sesat
Berkata setengah yang lain orang Bahai sesat
Berkata yang lain orang Melayu sesat juga kerana menerima seorang lagi nabi bernama Lord Reid selepas nabi Muhammad Khotaminnabiyyin.

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaithan karena sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” [Al-Baqarah : 208]

Berkata setengah manusia - bertelanjang dalam ratu comel HARAM
Berkata setengah yang lain bertelanjang main sokan gymnas HALAL
Berkata yang lain pula JIKA bertelanjang dalam ratu TETAPI niat main sokan, BAGAIMANA haram ke halal?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails