Saturday, August 17, 2013

Mesir: Senjata Israel Guna Serang Rakyat Sendiri -Agensi


 
Kaherah: Senjata Israel mungkin digunakan untuk menyerang penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi Rabu lalu.

Terdapat laporan menyatakan, pesawat kargo Israel dilihat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada hari berkenaan sejurus sebelum tentera Israel melancarkan gerakan menyuraikan penyokong Mursi secara paksa.

Laporan itu disahkan oleh koresponden agensi berita Mi’raj Dany Novery. Menurutnya, senjata Israel mungkin tiba pada hari berkenaan kerana alat yang digunakan untuk menyerang penyokong Mursi dan anggota Ikhwan, termasuk gas pemedih mata dan peluru mempunyai tulisan bahasa Ibrani.

Pada masa sama, seorang lagi wartawan agensi itu, Amran Hamdani berkata, laporan media tempatan menyatakan, pesawat Israel itu mungkin membawa senjata yang didakwa untuk membantu tentera Mesir. Beberapa saksi dipetik sebagai berkata, ada ambulans yang tiba di kawasan sekitar Masjid Rabaa al-Adawiyah dengan membawa peluru untuk tentera.

Mereka berkata demikian selepas melihat pemandu ambulans enggan membawa mangsa ke hospital. “Saksi itu melihat ambulans penuh dengan peluru yang kemungkinan diangkut dari pesawat kargo Israel itu,” kata Amran. - Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

2 comments:

  1. kah kah kah!
    Ikhwan mendapat pengajaran berguna,
    1- Kelompok Kristian Qibti di Mesir adalah musuh dalam selimut dan luar selimut kepada Islam di Mesir.
    Selama ini yang memelihara dan mempertahankan mereka adalah Ikhwan atas dasar kebebasan hidu beragama, namun mereka sentiasa menenti masa untuk membunuh Islam dan penganutnya di Mesir.

    2- Kelompok ahli agama al-Azhar yang ada kaitan dengan Hosni Mubarak sebelum ini, adalah Munafiq kepada agama Islam yang dinama kelompok Abdullah Bin Ubai zaman moden.
    Mereka dipilih untuk oleh Mubarak kerana kebodohan dan lurus bendul mereka. Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan ilmu yang mereka miliki, kecuali menjadi terompah kayu kepada musuh islam.

    3- Kelompok Salafi yang menjadi duri dalam daging kepada Ikhwan selama ini, sebenarnya adalah musuh kepada agama Islam yang ditaja oleh kerajaan Saudi. Dengan menggunakan gerakan menentang bidaah dan memelihara tauhid, mereka sebenarnya ejen kepada yahudi. Mereka bernaung dibawah tapak kaki raja-raja negara teluk yang menindas dan memusuhi Islam (najis ini juga membiak subur di Negara kita).

    Namun Ikhwan Mesir memperolehi kejayaan dan memiliki kekuatan tersendiri dengan kejatuhan Mursi sebagai Presiden Mesir :
    1- Umat Islam di Mesir telah memecah persoalan""adakah Ikhwan diterima oleh Rakyat Mesir?". Mereka yang tidak pernah dididik dan diperkenalkan dengan gerakan Ikhwan sebelum ini secara tiba-tiba berpusu-pusu bangkit menjadi benting kepada Ikhwan. (75% rakyat Mesir telah menjadi penyokong 4% ahli Ikhwan ).

    2- Anak didik Hasan al-Bana bukan sahaja bertompok di Mesir, bahkan mereka telah menjadi suara terbanyak di kalangan Umat Islam diserata dunia. Walaupun mereka memiliki nama yang berbeza, namun pada asasnya mereka adalah murid kepada Ikhwan.

    3- Ikhwan akan merasa bangga bahawa anak didik mereka adalah umat Islam pilihan, bukam sahaja menuturkan keinggian Islam dengan lidah. Bahkan keikhlasan mereka terbukti dengan kesanggupan mengorbankan nyawa dan darah demi Islam dan kebebasan.

    Selepas keganasan di Mesir, percayalah! bahawa umat Islam akan melihat satu persatu raja-raja Arab akan tersungkur kepada kebangkitan rakyat mereka sendiri.

    ReplyDelete
  2. t.KASIH. KOMEN YANG BAIK.

    ReplyDelete