DIANGKAT dari Era Pasca GROUP
Sunday, August 4, 2013
2
341 comments
440 3Delicious0 1680
PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara TAHALUF SIYASI. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.
Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.
PAS PERNAH MENGADAKAN TAHALUF SIYASI dengan Parti Melayu Semangat-46
yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan
kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang
dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu
Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan TAHALUF SIYASI bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diikuti pula TAHALUF SIYASI dengan DAP.
Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.
Di sepanjang kerjasama PAS dalam TAHALUF SIYASI tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjasama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.
Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.
Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim- Harakah
*Cukuplah
kisah PAS dipergunakan sebagai batu loncatan untuk UMNOBN menang, dan
dihalau seperti anjing kurap pada 1978, takkan tak kenal lagi rupa
UMNOBN yang luar dalam busuk itu? Apa yang menyebabkan ada sesetengah
pimpinan PAS merasakan perlunya perpaduan dengan UMNOBN? Adakah
dijanjikan pangkat darjat dan suatu IMBUHAN? Rakyat perlu bersihkan PAS
daripada “di diami golongan UG yang gilakan pangkat dan dunia”
APA ITU TAHALUF SIYASI
Maksud: Kerjasama Politik
Ulama memecahkan maksud TAHALUF kepada dua komponen iaitu;
Pertama: MEMINTA BANTUAN DARI ORANG BUKAN ISLAM
Kedua: ORANG ISLAM MEMBANTU ORANG BUKAN ISLAM
*TAHALUF adalah kelakuan imbal balas antara dua pihak
Sekilas:
'Tahaluf Siyasi Islami' adalah suatu polisi yang diasaskan oleh
Rasulullah s.a.w., dirangka suatu pelaksanaan dasar Islam dalam masyarakat majmuk di zaman baginda.
Oleh kerana Islam lahir dan berkembang dalam sebuah negara yang
masyarakatnya (MAJMUK) berbilang bangsa dan agama, maka keperluan untuk mewujudkan kerjasama di antara kaum dan agama, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Ia pasti berlaku, jika tidak Islam akan tersisih dari arus penghidupan
dan tertinggal di belakang, tanpa dipedulikan.
Masyarakat Madinah sebagai contoh, adalah masyarakat yang terdiri
daripada masyarakat yang berbilang agama, iaitu Islam, Yahudi,
Nasrani, Majusi, Dahri, Wathani dan sebagainya.
Ia juga mempunyai pelbagai bangsa Arab, Balbar, kaum Yahudi, kaum
Nasrani dan sebagainya.
** Tahaluf dengan
DAP dan PKR sebenarnya menguntungkan PAS, tetapi ada pimpinan yang
tidak tahu menilai, mengangkat ahli yang tidak layak bercakap atau
mempertikaikan tahaluf ini adalah kerja pemimpin PAS yang tidak
bertanggungjawab.. Mungkin mereka tidak bercakap secara langsung
menentang polisi tahaluf dengan DAP dan PKR, namun tindakan dan perangai
menjurus ke arah “kegilaan dan ketaksuban” terhadap UMNOBN mengajar
pengikut mereka bertindak begitu..
Adakah kerana berbeza parti, ahli PAS hanya perlu mentaati dan membontoti pimpinan PAS walaupun kelihatan terangan salah? Apakah tindakan PKR dan DAP selama ini tidak menguntungkan PAS? .. PKR dikecam kerana ada pemimpin kecil yang cuba bertindak balas atas perangai Tok Guru Haji Hadi yang menempelak mereka tiada agama, jual pil kuda, maka “what u give, u get back”! lagi skali diulang.. Adakah peminat UG ini dijanjikan kemewahan, pangkat darjat dan harta?

Adakah ini hanya perkataan tanpa niat untuk menyedapkan hati ahli PAS? Din Ayam bagaimana? |
SEPINTAS CERITA ZAHARUDIN MUHAMMAD (nama Glamor- DIN AYAM) YANG KURANG AJAR
***EP
tidak mahu mengulas kisah kejadian Kota Damansara, kerana bagi EP,
cukuplah sebelum ini EP menyatakan perasaan “tidak Puas hati di
EP-pages”, Cuma ini adalah sebahagian daripada PERANGAI DIN AYAM
[1]
Handphoneku berbunyi. Dilihat pada screen, termaktub nama Azlan. Aku sambut panggilan itu. Setelah diberi salam dan aku membalas salamnya, aku diajak berjumpa. Aku bersedia dengan pelawaan itu.
Azlan adalah seorang pemuda PAS yang mempunyai kamera. Semasa Nasir Zakaria menyatakan persediaan untuk bertanding di DUN Paya Jaras, Azlan adalah seorang yang cukup istiqamah, sehingga ke mana sahaja Nasir berada, maka di situ dia ada untuk mengambil gambar.
Sedihnya, apabila Nasir Zakaria meninggalkan DUN Paya Jaras dengan seribu satu keraguan kerana beberapa faktor yang tidak perlu dinyatakan disini. Disamping, beberapa cerita berlaku sebelum perpindahan yang tidak dimaklumkan kepada pekerja parti, menyebabkan sebilangan pemuda merasa tidak puas hati, terutama Azlan. Lebih-lebih lagi, banyak keraguan yang timbul, tidak dijawab dengan jawapan yang memuaskan, sebaliknya hanya sekadar alasan untuk menyelamatkan diri.
Azlan mula dituduh sebagai SB oleh Nasir. Memang modus Operandi Nasir ini sama ketika berhadapan dengan orang yang tidak sealiran dengannya. Jika dahulu, dituduh seorang muslimat pusat sebagai “seperti pelacur”, sambil menunjukkan sesuatu SMS yang dia berbalas-balas sesama mereka. Begitujuga, sebilangan pemuda-pemuda PAS yang tidak bercanggah fikrah dan tindakan dengannya, amat mudah dilebelkan orang itu sebagai SB.
Tuduhan sebagai SB yang dilakukan oleh Nasir itu, dipercayai oleh Zaharuddin Muhammad yang merupakan menantu presiden PAS. Ekoran itu, Zaharuddin Muhammad telah melakukan tindakan yang cukup luar jangka, iaitu dia telah memerangkap Azlan agar datang ke pejabat PAS kawasan, lalu dirampas handphone. Kemudian berlaku beberapa tindakan yang dilakukan oleh menantu presiden tersebut terhadap Azlan, seakan-akan siasatan polis yang dilakukan kepada seorang penjenayah.
Kejadian itu, amat menjadikan Azlan terkejut. Memandangkan azlan mempunyai penyakit lemah jantung sejak dilahirkan lagi, sudah pasti ia amat memberi kesan kepada kehidupannya. Dikala kami berjumpa di salah sebuah gerai makan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, kelihatan wajahnya pucat.
“kenapa muka anta pucat?” soalku.
Lalu Azlan menceritakan kejadian yang baru sahaja menimpa dirinya. Maka, fahamlah aku bahawa tindakan menantu presiden PAS itu adalah tindakan yang tidak patut, malahan boleh disifatkan sebagai “Melampau”.
Sejak dari itu, aku tidak mahu berjumpa dengan Zaharuddin Mohammad lagi. Aku bimbang, banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku, seperti berlaku tepuk meja ketika bersembang, bercakap dengan suara keras dan sebagainya. Semuanya adalah terkesan dengan tindakan Zaharuddin Mohammad yang dilakukan terhadap seorang pemuda PAS yang istiqamah dalam membantu memenangkan PAS dalam Kawasan Subang. Ia ditambahi lagi bahawa beliau seorang yang cukup mendokong fahaman “kawin campur PAS –UMNO” yang bising selepas itu, kemudian tenggelam tetapi dihidupkan balik dalam seminggu dua ini.
[2]
Seminggu sebelum aku dijadual berdebat bersama dengan Fathul Bari di Masjid bangsar, aku telah dijadualkan menyampaikan kuliah tafsir di Surau Al-Azhar, Sri Damansara. Aku telah mengajar tafsir di situ, lebih 6 tahun pada setiap hari selasa. Pada Kuliah tafsirku disitu, aku mulai dari Surah Al-Fatihah, sehingga kini baru sampai ayat ke 64 dari surah Al-Imran. Setiap kali aku hendak menyampaikan kuliah di surau tersebut, pasti aku akan merujuk sebanyak 4 buah kitab tafsir, iaitu kitab At-Tafsir Al-Kabir karangan Imam Fakruddin Ar-Razi, Tafsir Al-Quran Al-Azim karangan Imam Ibnu kathir, Maariful Quran karangan Mufti Syafee’ [dalam bahasa Urdu] dan Tahrir wa Tanwir karangan Ibnu Asyur.
Namun, pada 7 Disember yang mengikut jadualnya aku berkuliah disitu. Aku agak pelik, kerana kehadiranku tanpa diberitahu adalah untuk berforum, walhal pada siangnya aku telah research tentang ayat 64 dari surah Al-Imran untuk menyampaikan kuliah tafsir seperti pada setiap minggu.
Aku hadir agak awal pada hari itu. Ekoran itu, aku ditolak agar mengimamkan solat pada hari tersebut. Setelah menunaikan solat sunat ba’diyyah, kebiasaannya, ada jemaah yang mengeluarkan meja. Tetapi pelik pada kali ini, meja tidak diangkat, tetapi yang dikeluarkan adalah sofa.
Aku mula sangsi. Hatiku berkata-kata, “apakah aku tersilap jadual? Apakah aku sepatutnya berdebat dengan Ulama UMNO di surau ini?”
Aku berpaling kebelakang, kelihatan dari jauh Zaharuddin Muhammad, menantu presiden PAS yang aku tidak berjumpa hampir 2 tahun. Hati kecilku mula menutur, “tak habis-habis lagi. Dulu perangkap Azlan, hari ni nak perangkap aku pula”
Jika diikut kebiasaan pun, sebarang program forum yang dianjurkan, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Dinyatakan tajuk forum, dan bersama dengan siapa akan berforum. Tetapi, kejadian ini amat memelikkan. Tanpa dimaklumkan tentang majlis forum, tajuk forum dan dengan siapa aku akan berforum, tiba-tiba berlaku majlis forum tersebut.
Aku akur sahaja. Aku merasakan ada pakatan dalam mengadakan program pada malam itu. Dari sudut hati kecilku menjangkakan, pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas ini, ekoran program forum pada malam itu.
Saudara Zainul Faqar yang tinggal dikawasan situ turut hadir dalam majlis forum tersebut. Ternyata, forum itu kelihatan seperti berlaku pertembungan antara aku dan Zaharuddin Muhammad, waima tidak ada unsur menghentam atau menyindir. Bagi mereka yang tahu tentang isu kerajaan perpaduan, pasti mereka akan faham disebalik kandungan forum pada malam itu. Perkara itu, dilakarkan oleh Zainul Faqar dalam blog beliau.
[3]
Sepertimana yang dijangka, ternyata berlaku perkara yang tidak diingini selepas dari kejadian tersebut. Berlaku sedikit kekecohan dan ketidak-puas hati dari sebilangan jemaah di surau tersebut terhadap tindakan seorang jawatankuasa yang kelihatan “taassub” dengan Zaharuddin yang dilakukannya terhadap aku.
Sudah aku katakan, aku tidak mahu bertemu dengan Zaharuddin Mohammad, kerana mahu mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. Tetapi, perangkap jahat yang sering dilakukan oleh Zaharuddin ini, sering mengundang keburukan, menyebabkan berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
lima orang menghubungiku bertanya tentang perkara itu. Agak sukar untuk aku menjawab secara terang, kerana mahu menjaga nama baik Zaharuddin Muhammad. Namun, setelah banyak kali berfikir, aku ingin nyatakan disini bahawa, aku bersedia sepentas sekali lagi dengan zaharuddin demi menyelesaikan sebarang kekeruhan yang berlaku. Tetapi pada kali ini, aku tidak mahu sepentas atas nama forum, tetapi aku mahu berdebat dengan beliau atas tajuk-tajuk yang lima orang jemaah yang menghubungi bertanya kepadaku. Iaitu, berkenaan “gabung PAS-UMNO”, atau “apakah pimpinan PAS ini tidak boleh ditegur dan dikritik”.
Aku menghormati dan memandang tinggi keilmuan yang ada pada diri Zaharuddin. Jika mahu dibuat perbandingan, ilmu yang ada pada zaharuddin terlalu jauh dan tinggi jika mahu dibandingkan dengan ilmu yang aku ada. Memandangkan atas keilmuan itu, Aku rasa, Zaharuddin perlu mengambil sikap yang lebih bermaruah dan tidak perlu mengambil sikap “playself”, seperti yang dilakukan sebelum ini.
Dia tidak perlu melakukan komen dalam blog dengan menggunakan “tanpanama” atau mempergunakan blog-blog hantu, sepertimana yang dilakukan oleh Saudara Suhaimi Embong. Malahan, jika Zaharuddin tidak bersedia pun, aku cadangkan Suhaimi embong datang berdebat atau berbincang denganku dalam isu yang dikemukakan, sepertimana yang dia sering berhujjah atas nama blog Batuapi @firestone.- petikan dari blog http://26ramd.blogspot.com

****
Lihatlah kisah 2010 ini, cerita ini ditulis pada 2011, sudah lama
rupa2nya perangai Din Ayam yang biadab ini di aplikasikan kepada
pimpinan dan pejuang PAS yang lain, sebelum ini ia tidaklah diwar-warkan
secara meluas tentang sifat2 buruk Din Ayam, disimpan dan di peti
besikan oleh ahli PAS sendiri, dek kerana menjaga emosi Tuan Guru Haji
Hadi dan imej parti untuk PRU-13 baru2 ini..
Akan tetapi, bangkai gajah tidaklah dapat disimpan baunya walaupun berada dalam peti sejuk, perangai buruk berulat Din Ayam ini tidak dapat dibendung lagi.. dikhabarkan juga pernah menampar manusia lain.. menyesatkan Datuk Mujahid, Menjalankan kempen menyekat liberalisme dalam PAS, maka terkeluarlah senarai pimpinan PAS yang bukan ulama yang tidak patut berada dalam PAS.. dan dikhabarkan bahawa seorang ahli pas menulis surat kepada lembaga disiplin pas tentang perangai Din Ayam…
mahu simpan lagi kah menantu bengap gila kuasa sebegini dalam organisasi bukan milik individu ini? Akan berapa ramai lagi pimpinan yang akan "terkena" dengan Din Ayam ini? Baik keluar dari PAS dan tubuhkan parti sendiri itu lebih baik..

cerita kurang ajar dia ini bukan baru lagi, sudah lama! Sudah lama! Sepatutnya tindakan disiplin diambil sejak awal2 lagi.. mencegah lebih baik daripada mengubati! Hakikatnya DIN AYAM MESTI DISINGKIR! MESTI DISINGKIR UNTUK MEMBERSIHKAN IMEJ PAS DAN DEMI PRESTASI PAS DI MASA HADAPAN! SINGKIRKAN DIN AYAM! SINGKIR DARIPADA MAJLIS SYURA!
Ahli PAS dan Pimpinan PAS Kelantan |
Dipetik daripada FB-pages Zaharudin Muhamad (Din Ayam) |
MEREFORMASIKAN PAS
“keahlian
Dewan Ulama’ mestilah ditapis dengan begitu ketat sekali agar apabila
mereka dipilih menjadi ahli Majlis Syura dan menghasilkan keputusan –
keputusan syura, sangat bagus sekali ijtihad mereka. Kita tidak mahu
satu hasil ijtihad yang bercanggah – canggah dan lucu.
Kita
perlukan ulama’ – ulama’ yang tahap pengetahuannya jika boleh dibuat
sebagai model standard adalah seperti Dr. Maszlee Malik ataupun seperti
Dr. Asri Zainul Abidin (cuma dua orang inikah agamawan kita – kedua –
duanya dari aliran Salafi- yang produktif??).
Syarat
– syarat untuk memasuki Dewan Ulama’ sendiri haruslah lebih ketat.
Bukan atas sebab dia ada ambil Pengajian Islam di mana – mana Kolej
Universiti, terus boleh masuk Dewan Ulama’. Ini sangat semberono! Kerana
kelayakan untuk masuk ke pondok, atau mana – mana Kolej Universiti
Islam dewasa ini sangatlah senang sekali. Sesiapa pun boleh masuk dan
belajar tanpa ada tapisan yang cukup ketat.
Ataupun
komposisi ahli Majlis Syura PAS, seharusnya jika maseh jauh untuk
mencapai standard itu mestilah ambil 6 daripada golongan professional
dan 6 lagi dari aliran agama, untuk menguruskan keputusan – keputusan
syura. Ini proses peralihan (periode transition) sahaja. Sebelum menuju ke peringkat di mana Majlis Syura PAS seluruhnya adalah ulama’ – ulama’ yang kompeten.
Ahli –
ahli Majlis Syura PAS serta semenjak mereka dari Dewan Ulama’ lagi
mestilah sentiasa diaudit dari semasa ke semasa keahliannya. Bagaimana
disipilinnya, apakah penemuan atau kajian feqah terbaru yang mereka
hasilkan, berapa banyak wacana agama mereka telah anjurkan dll.”- Datuk
DR Mujahid Yusuf Rawa
“TUAN
GURU HAJI HADI TIDAK PERLU DI SINGKIR ATAU DIGULINGKAN, NAMUN BELIAU
PERLU BERUNDUR SECARA TERHORMAT”- MSO (Mohd Sayuti Omar –penganalisa
politik Kelantan dan bekas pemilik Siasah)
***** Kerana perangai menantu, imej dan kredibiliti TG Haji Hadi tercalar.. adakah PAS akan membiarkan Din Ayam menjahanamkan PAS? kita tungguuuuu
sempat lagi tabur fitnah...
ReplyDeletesemenyih dan jelapang ok sbb bukan pas
UG antara DSAI dan Najib ok sbb bukan TGHA...
LAWAK BULAN SYAWAL... setan dah bebas
paparock
Bukan tabur fitnah, tapi jawab fitnah.
ReplyDeleteSiapa makan cili dia berasa.. As-salamu 'alaikum..