BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian
selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di
sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam. Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit
ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan
perkahwinan.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.
“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.
“Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.
“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
“Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997. Walaupun bunyinya syariah, tapi ia bukan dari hukum Allah secara keseluruhan atau hukum hudud seperti yang amat ditakuti oleh UMNO.
Itulah antara sebab-sebabnya mengapa Malaysia tidak dapat nikmat hasil dari fadilat kurniaan perlaksanaan hukum Allah SWT.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Perkataan "Syariah" patut ditukar kpd "umat Islam", kerana yg ditegakkan bukan perundangan Syariah yg sebenar.
ReplyDeleteSetuju.
ReplyDeletetangkap atas tuduhan apa?kalau tuduhan khalwat mmg bukan zina..tapi jatuh bawah takzir..so takzir bukan syariah ke?..ce rujuk balik kitab2 fiqh..ce tengok takzir di kelantan dan nganu..dulu..sama je..
ReplyDeleteKalau itu hukum Islam (Syariah) mengapa tak ada hukum hudud? Mana pegi hukum zina, sebat pada penzina, sebat kepada minum arak, sebat cara Islam.
ReplyDeleteMasih tak paham lagi.. Kepala otak UMNO..
sikit2 kata org umno..isk isk..perjuangkanlah..biar sampai hudud terlaksana..tgk mahkamah syariah kelantan..perntadbiran paling teruk di malaysia..dia punya mahkamah..tu belum hudud ..kata dah sedia..sedia celah mana?kalau betul nak laksana..buatlah apa yg ada dalam enakmen hudud tu..ianya bukan sekadar hukman tapi juga pentadbiran..kalau hukuman tertangguh dek perlembagaan..tu yg tak terhalang ngapa..takleh jalan?apa yg ada dalam bidangkuasa negeri buat la dulu..sekurang jadi contoh kat negeri lain..
ReplyDeleteerr.. kesalahan kat kelantan dalam enakmen mana?bukankah dalam kesalhan jenayah syariah kelantan?..tanya je..
ReplyDeleteKerana UMNO yang larang laksanakan hudud di Malaysia. Tak salah UMNO lagi?
ReplyDeleteApa yang teruk syariah di K'tan? Buktikan siapa salah, kalau bukan dari arahan Pusat..
Tak belajar undang-undang ke? Bengap..
Padan muka puak-puak UMNO. Memang bengap pun, begitu cara fikir mereka, tak belajar undang2 Islam. Hanya pandai undang2 jahiliah.
ReplyDeleteJawab UMNO jawab. Mana hujahkukuh kamu?
ReplyDelete