Thursday, August 01, 2013

Penduduk Pangsapuri Bakal Nikmati Air Percuma


 
SHAH ALAM: Penduduk pangsapuri bakal menikmati air percuma apabila Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Syabas meluluskan migrasi daripada meter pukal ke meter individu dengan persetujuan bersama minima 50 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, arahan itu dibuat untuk memudahkan prosea migrasi yang akan memastikan penduduk pangsapuri yang tidak mendapat air percuma melalui sama ada meter individu atau program Lapor dan Dapat menikmati 20 meter padu air percuma.

Katanya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menulis surat bertarikh 28 Jun 2013 kepada Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail memaklumkan arahan tersebut.

Sebelum ini, pihak Syabas telah menetapkan peratusan kebenaran pemilik yang perlu diperolehi adalah 100 peratus dan kemudiannya diturunkan kepada 85 peratus.

"Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) telah arahkan Syabas lulus migrasi dengan 'consent' minima 50 peratus," katanya dalam sidang.media bersama Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini.

Tambahnya, kerajaan negeri menerima aduan maaih terdapat pengsapuri yang tidak dapat melakukan migrasi walaupun telah mendapat 'consent' melebihi 50 peratus.

"Penduduk melalui JMB bolehlah menghubungi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03 5510 2122 agar migrasi dapat dilakukan," katanya.

Setakat ini, jelas Iskandar terdapat 30 kawasan yang telah mendapat 50 peratus persetujuan bersama tetapi belum mendapat kelulusan Syabas untuk migrasi.

Tegasnya, kerajaan negeri melalui LPHS telah menubuhkan jawatankuasa khas Permai untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan proses migrasi dapat dilaksanakan dengan segera. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment