PM hadir perkahwinan anak Jusuf Kalla
Acara itu diwarnai kebudayaan dan adat istiadat Bugis kerana Jusuf berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan. Najib dan Rosmah, yang tiba di sini petang ini, mengucapkan tahniah kepada Jusuf dan isterinya, Mufidah Kalla serta pasangan pengantin baharu iaitu Chairani Jusuff Kalla dan suaminya, Marah Laut C. Neor.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut bertemu Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Yudhoyono tiba di majlis itu tidak lama selepas Najib. Kedua-dua pemimpin itu kelihatan berbual mesra pada pertemuan itu, begitu juga dengan Rosmah dan Ibu Negara Ibu Ani Yodhoyono.
Najib dan Yudhoyono berserta Rosmah dan Ibu Ani kemudian beredar meninggalkan majlis itu bersama-sama. Perdana Menteri dan isteri berlepas pulang ke tanah air malam ini. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ini berita baik untuk usaha damai Najib-Anwar?
Kalau Anwar dan Najib berdamai dan tubuhkan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat apa manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat Malaysia dan siapa pulak yang akan jadi PM Najib,Anwar,Tengku Razaleigh atau Abdul Hadi Awang ? Adakah perikatan ini diwujudkan untuk menghalang pakatan Muhyiddin-Mahathir ?
ReplyDelete